Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempa Gegarkan Tasikmalaya, Penduduk Panik Tinggalkan Kediaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempa Gegarkan Tasikmalaya, Penduduk Panik Tinggalkan Kediaman


JAKARTA – Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Tasikmalaya, kira-kira 260 kilometer dari Jakarta, lewat malam tadi menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan pantai panik dan meninggalkan kediaman mereka selepas ancaman tsunami dikeluarkan.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia menerusi laman webnya, gempa bumi yang berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan itu berpusat di 11 km barat daya Tasikmalaya, diikuti beberapa gempa susulan pada 12.05 pagi (3.3 skala Richter di 48 km barat daya Tasikmalaya), 12.08 pagi (3.7 skala Richter di 50 km barat daya Tasikmalaya) dan 12.37 pagi (3.1 skala Richter di 48 km barat daya Tasikmalaya).

Amaran tsunami itu menyebabkan ramai penduduk bergegas ke kawasan tinggi, bagaimanapun amaran berkenaan ditarik balik pada 2.26 pagi tadi.

Gegaran dilaporkan turut dirasai hingga ke Depok di Jakarta selatan, Bandung dan Yogyakarta.

Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan seorang lelaki berusia 62 tahun maut di Ciamis di daerah Tasikmalaya selepas rumahnya dilaporkan roboh akibat kejadian gempa berkenaan.

Media tempatan dalam talian juga melaporkan sekurang-kurangnya tujuh buah rumah rosak teruk di kawasan Tasikmalaya.

Sebuah hospital di Banyumas turut dilaporkan terjejas akibat kejadian gempa itu. — BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CqQaPt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.