Lama Menghilang. Mufti WP Umum “SESUATU” Tentang Raja Bomoh Buat Ramai GEMBIRA
Lama Menghilang. Mufti WP Umum “SESUATU” Tentang Raja Bomoh Buat Ramai GEMBIRA | Saya Luv Islam – Raja Bomoh pernah gemparkan negara dengan sikap “pelik” dan “syirik” yang melampaunya. Lepas lama menghilang, akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri umum “sesuatu” yang buat ramai gembira…
AKHIRNYA SELESAI KURSUS FARDU AIN
Ibrahim Mat Zin yang dulunya terkenal dengan gelaran ‘Raja Bomoh’, selesai menjalani kelas fardu ain dikendalikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Ibrahim menamatkan kelasnya dengan memperoleh ilmu dan pengalaman mengenai asas al-Quran, akidah, fiqah dan akhlak, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam catatan di Facebooknya hari ini.
Malah, katanya, usaha Ibrahim untuk hadir kelas tersebut secara konsisten sepanjang tempoh enam bulan wajar dipuji walaupun kadangkala beliau kurang sihat.
RAJA BOMOH BERTAUBAT. AMAL ISLAM SEBENAR
“Apa yang paling penting, beliau berjanji untuk menjadikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai rujukan utamanya dalam hal-hal berkaitan keagamaan.
“Diharapkan masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk terus berubah,” katanya.
Ketika perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Disember lalu, hakim memutuskan bahawa Ibrahim masih perlu hadir di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebulan sekali untuk memberi laporan berkaitan ilmunya bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
“Mahkamah turut memberi amaran terakhir kepada tertuduh. Jika tertuduh masih melakukan apa-apa ritual yang bersalahan dengan syarak, mahkamah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman dua tahun penjara kepada beliau,” katanya.
Ibrahim sebelum ini giat dalam amalan perbomohan di beberapa tempat dan akhirnya ditangkap polis di sebuah hotel Segamat, Johor, pada 21 April lalu.
BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP
BACA NI : Inilah Masjid BAWAH TANAH Terbesar DUNIA Yang Terletak di Turki. 10 GAMBAR.
BACA NI : Jika Bumi HANCUR. Inilah TEMPAT Untuk Manusia Membina Hidup Semula. Jangan TERKEJUT
Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb
The post Lama Menghilang. Mufti WP Umum “SESUATU” Tentang Raja Bomoh Buat Ramai GEMBIRA appeared first on SAYALUVISLAM.
✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kvqF8e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment