Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Mahathir cabar Trump sasar China, bukan buli Palestin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Mahathir cabar Trump sasar China, bukan buli Palestin

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar presiden Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan terhadap negara besar seperti China, bukannya membuli Palestin yang tidak berkuasa.

Bekas perdana menteri itu membidas Donald Trump hanya berani membuli negara lemah untuk menjadi hero.

“Ini satu (tindakan) buli antarabangsa. Kalau dia lemah, tidak boleh buat macam itu. Dia carilah orang yang lemah, orang yang tidak ada tentera, yang tidak boleh balas balik, barulah dia ambil tindakan.

“Saya jemput Presiden Trump ambil tindakan kepada China, itu baru padan. Ini pergi cari orang lemah kononnya buli orang lemah, kononnya dia jadi hero, penyangak.

“Orang Islam ini tidak ada tentera, kapal terbang, kereta kebal, tidak ada kerajaan yang berani menentang AS,” katanya ketika berucap dalam bantahan di luar kedutaan AS di Jalan Tun Razak bagi mengecam kebiadaban Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut mengulangi cadangannya supaya Datuk Seri Najib Razak memujuk Trump menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis milik Israel.

“Kita perlu bersatu hati dan hentikan kemusnahan sesama orang Islam dan kita alihkan untuk bina segala kekuatan yang ada pada kita untuk menentang penyangak yang sekarang menjadi Presiden AS, Donald Trump.

“Kalau (Najib) dah kawan baik dengan Trump, main golf dengan Trump, cakaplah pada Trump (tarik balik keputusannya).”

Lebih 500 penyokong Pakatan Harapan dan beberapa NGO berarak dari depan Bangunan Tabung Haji ke kedutaan AS di Jalan Tun Razak, selepas selesai menunaikan solat Jumaat hari ini, bagi mengecam kebiadaban Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Selasa lalu, Dr Mahathir menyarankan Najib yang pernah mengaku rapat dengan Trump, mengetuai pemimpin negara Islam lain menemui presiden AS itu bagi memujuknya menarik balik keputusan itu.

Beliau “yakin” perdana menteri dapat berbuat demikian.

Rabu lalu, Najib dilaporkan berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bersatu dalam usaha menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sebaliknya Baitulmaqdis hendaklah menjadi ibu negara Palestin.

Katanya, Malaysia mengutuk dan menolak sama sekali keputusan sebelah pihak oleh AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pada 5 Disember lalu, Trump menyampaikan hasratnya kepada pemimpin Arab untuk memindahkan kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, keputusan itu mengundur semula dasar berdekad lama Washington dan berisiko mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, Pakatan Harapan belum memutuskan jika mereka akan menyertai perhimpunan anjuran Umno di Masjid Putra minggu depan untuk mempertahankan Baitulmaqdis.

Katanya, gabungan 4 parti pembangkang itu mahu memastikan matlamat sebenar perhimpunan itu untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin.

“Kita akan lihat sama ada ia hanya untuk Umno atau ianya ikhlas untuk rakyat Palestin.”

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Najib dan beberapa NGO menyertai himpunan di Putrajaya, Jumaat depan bagi membantah tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kDr7kL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.