Hi! Welcome Back and Stay Tune! Felda mahu hantar petisyen bantah EU sekat minyak sawit Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Felda mahu hantar petisyen bantah EU sekat minyak sawit Malaysia


JOHOR BAHRU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menghantar petisyen kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi membantah cadangan blok itu mengenakan sekatan terhadap minyak sawit Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Felda akan mengumpul tandatangan kira-kira 100,000 peneroka dan menyerahkannya kepada pejabat EU di Kuala Lumpur sebelum pertengahan tahun depan.

Sambil menegaskan pihaknya memandang serius perkara itu, beliau berkata, tindakan segera perlu diambil kerana ia boleh menjejaskan pendapatan pekebun kecil tempatan.

“Kita akan sampaikan kepada mereka (EU) pemain industri kelapa sawit di negara ini tidak hanya melibatkan syarikat perladangan besar, tetapi juga pekebun kecil yang bergantung kepada hasil kelapa sawit.

“Malah, kita telah berbincang dengan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) untuk menangani isu yang boleh mengancam (pendapatan) pekebun kecil,” katanya selepas Program “Kembali Ke Sekolah” Parlimen Johor Bahru, hari ini.

Beliau mengulas tindakan EU mencadangkan sekatan minyak sawit Malaysia atas alasan ia boleh menjejaskan kesihatan serta mencemarkan kelestarian alam.

Shahrir turut menyelar tindakan segelintir pengeluar produk makanan Eropah meletakkan label “tidak mengandungi minyak sawit” yang disifatkannya tidak wajar kerana memberi imej buruk kepada hasil komoditi itu.

“Kita perlu memperbetulkan persepsi masyarakat di Eropah mengenai minyak sawit, sedangkan hakikatnya ia lebih baik berbanding minyak sayuran lain.

“Kalau boleh, kita (juga harus) cuba boikot barangan seperti bahan makanan Eropah, terutamanya syarikat pengeluar yang memberi label (memburukkan minyak sawit) sedemikian,” katanya.

Baru-baru ini, satu resolusi tidak terikat Parlimen Eropah mencadangkan pihak eksekutif blok itu mempergiatkan usaha larangan pembasmian hutan yang didakwa disebabkan pengeluaran minyak sawit.

Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80% pengeluaran minyak sawit dunia ketika ini dan EU merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia dengan sumbangan kira-kira 13% penghantaran minyak dan produk berasaskan sawit pada 2016. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kDr9sT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.