Hi! Welcome Back and Stay Tune! Regim Zionis Roboh Sekolah Palestin. Puncanya Buat Ramai MARAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Regim Zionis Roboh Sekolah Palestin. Puncanya Buat Ramai MARAH

Regim Zionis Roboh Sekolah Palestin. Puncanya Buat Ramai MARAH | Saya Luv Islam – Penduduk Palestin di sebuah kampung terkejut apabila sekolah di tempat mereka tiba-tiba dirobohkan oleh Zionis. Bila tanya, puncanya sangat tak masuk akal dan buat ramai marah.. Allahu.

ROBOH SEKOLAH TANPA NOTIS

Penguat kuasa pentadbiran awam rejim Zionis merobohkan sebuah sekolah di kawasan komuniti Bedouin di Abu Nawar, Baitulmaqdis Timur, semalam.

Jurucakap komuniti Bedouin, Abu Imad Jahalin memberitahu Quds Press sekumpulan penguat kuasa pentadbiran awam Israel diiringi askar rejim Zionis, menyerbu perkampungan mereka dan menyerahkan perintah perobohan sekolah itu.

WALAU MAHKAMAH TINGGI ISRAEL TAK BOLEH ROBOH

Katanya, kebanyakan penduduk terkejut dengan tindakan itu, terutama selepas Mahkamah Tinggi Israel mengeluarkan perintah supaya sekolah itu tidak dirobohkan.

“Sekolah itu mempunyai dua bilik darjah dan 26 pelajar. Menyasarkan sekolah bukan tindakan baharu bagi pihak berkuasa rejim Israel,” katanya.

Abu Nawar adalah salah satu daripada 18 kawasan komuniti Bedouin Palestin yang mengikut rancangan Israel akan ditempatkan di kawasan khas dikenali Projek E1.

Rejim Zionis merancang menempatkan semula semua komuniti Palestin di kawasan Projek E1 dalam usaha untuk membina lebih banyak penempatan Yahudi di kawasan yang diduduki secara haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

KEMASKINI TERKINI

Dua buah lagi sekolah masyarakat Badwi Palestin di Tebing Barat akan diroboh oleh rejim Zionis.

Menurut kenyataan Norwegian Refugee Council’s (NRC) semalam, sebuah mahkamah Zionis telah mengeluarkan arahan supaya pelajar di salah sebuah sekolah terbabit tidak hadir ke sekolah.

Sekolah-sekolah di Wadi as-Seeq dan al-Muntar dibina hasil sumbangan dana dari kerajaan-kerajaan Eropah pada tahun lalu.

Perbicaraan mahkamah akan dilangsungkan pada 20 November dan 10 Disember, yang mungkin berkesudahan dengan rampasan atau perobohan dua sekolah terbabit.

Seramai 100 kanak-kanak belajar di dua sekolah tersebut.

Awal tahun ini, rejim Zionis telah memusnahkan tiga buah sekolah di Tebing Barat, beberapa hari sebelum sesi baharu persekolahan bermula. Lebih 60 buah sekolah di Tebing Barat kini diancam roboh.

Sumber : Ismaweb

The post Regim Zionis Roboh Sekolah Palestin. Puncanya Buat Ramai MARAH appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJU2J3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.