Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesut Ozil Lebih Suka Ke United Berbanding Barcelona - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesut Ozil Lebih Suka Ke United Berbanding Barcelona



MESUT Ozil lebih suka berhijrah ke Manchester United berbanding Barcelona andai meninggalkan Arsenal dalam tempoh beberapa bulan lagi. Pengurus Arsenal Arsene Wenger minggu ini mengesahkan Gunners masih belum selesai berunding dengan Ozil. 

Kontrak pemain kaki kiri itu di Emirates akan berakhir tidak lama lagi. Rundingan kontrak baru dengan nilai £235,000 (RM1.3 juta) seminggu sudah pun ditolak malah pemain antarabangsa Jerman itu memberitahu beberapa rakannya dia mencari peluang untuk berhijrah ke United.

Ozil mahukan pendapatan sebanyak £300,000 (RM1.6 juta) dengan bos The Red Devils, Jose Mourinho sedang menilai situasi pemain terbabit kerana mahu merombak skuadnya di Old Trafford. 

Pemain berusia 29 tahun itu terbuka untuk reunion semula bersama bekas bosnya ketika di Real Madrid. Gandingan itu membentuk kerjasama baik di Bernabeu, malah Ozil dikenali sebagai pemain dapat menyerap kaedah Mourinho dalam masa singkat.

United memerlukan ketajaman di bahagian depan dan hakikat itu terbukti selepas mereka kecundang kepada Manchester City pada derby Manchester, Ahad lalu. Mourinho mahu naib presiden eksekutif United, Ed Woodward mengeluarkan belanja untuk jendela perpindahan pemain musim depan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oqWBji

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.