Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli DAP pertahan Zaid, buat laporan terhadap ugutan Jamal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli DAP pertahan Zaid, buat laporan terhadap ugutan Jamal

 | December 10, 2017
Pemimpin DAP, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu meminta polis menyiasat Jamal Yunos yang mengugut bekas menteri itu.
Lim-Lip-EngKUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli DAP yang diketuai Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Jamal Yunos yang mengugut akan memecahkan kepala Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu berkata, beliau bersama Lim dan ahli lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menunjukkan solidariti terhadap Zaid yang juga ahli DAP.

“Saya secara peribadi fikir beliau menggunakan haknya untuk bersuara sebagai rakyat Malaysia, dan saya tidak berhasrat mengutuk sesiapa pun,” katanya sambil menambah Zaid mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
lim-1
Sekumpulan ahli DAP diketuai Lim Lip Eng (tengah) berkumpul di luar Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk menunjukkan solidariti terhadap Zaid Ibrahim.
Zaid dikritik kerana “menegur” Sultan Selangor yang dilaporkan berkata, agenda politik Dr Mahathir didorong “kebencian mendalam” dan “kemarahannya akan membakar seluruh negara”.

Zaid dalam catatan Twitternya berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”
Tweet itu mencetuskan kemarahan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno yang mendesak tindakan diambil terhadap Zaid kerana mengkritik sultan.

Rabu lalu, Jamal dan pengikutnya membakar keratan gambar mirip Zaid di depan pintu masuk Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selepas didakwa mengguris hati Sultan Selangor serta rakyat negeri itu.
Ia disusuli tindakan pemimpin Gerakan Baju Merah itu membawa tukul dan mengugut akan memecahkan kepala Zaid Jumaat lalu, jika tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadapnya kerana mengkritik Sultan Selangor.

Jamal direman 2 hari mulai hari ini, selepas ditahan di PWTC dan dibawa ke IPD Dang Wangi kira-kira 9.25 malam Sabtu dengan tangan bergari.
Liu dan ahli DAP menggesa polis menyiasat Jamal atas dakwaan intimidasi jenayah.

Sementara itu, Lim yang juga peguam berkata, kenyataan Jamal itu jelas ialah ugutan dan penghinaan.
“Saya mengendalikan satu kes di mana seorang ahli perniagaan dituduh menghina perdana menteri dan isteri dengan memegang plakad berbahasa Cina yang mengatakan ‘chicken and hippo go to hell’.
“Kalau itu ialah satu pertuduhan jenayah, apatah lagi tindakan Jamal?” soalnya.
Lim berkata, Zaid memaklumkan beliau tidak membuat sebarang laporan polis terhadap pemimpin Umno kontroversi itu.

Jumaat lalu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dilaporkan menjauhkan diri daripada kontroversi Zaid dengan berkata, ahli parti “bebas menyuarakan pandangan mereka, tetapi mesti sanggup menanggung akibatnya”.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ArERtK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.