Hi! Welcome Back and Stay Tune! YANG DISASARKAN ISTERINYA ATAU APANDI? APAKAH PEGUAM NEGARA SANGGUP MENDAKWA ISTERINYA SENDIRI? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YANG DISASARKAN ISTERINYA ATAU APANDI? APAKAH PEGUAM NEGARA SANGGUP MENDAKWA ISTERINYA SENDIRI?

Entah kenapa, secara tiba-tiba saja ada perwakilan UMNO daripada Pulau Pinang meminta agar portal berita The Malaysian Insight segera disiasat kerana didakwa giat menghina pemimpin negara, terutama Perdana Menteri, Najib Razak.
Lebih sensasi, perwakilan terbabit mendakwa berdasarkan cariannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM, portal berita berkenaan adalah dimiliki oleh isteri Peguam Negara, Apandi Ali iaitu Faridah Begum.
Dalam masa yang sama, Ketua Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Saddiq adalah adik kepada Faridah.
“Kami mahu pihak berwajib siasat siapa Faridah Begum ini.
“Jangan biarkan portal itu terus-menerus menyerang Perdana Menteri kita, cari sampai ke lubang cacing,” kata Mohd Nashrol Hisham Abdullah, perwakilan UMNO Pulau Pinang tersebut.
Apa, bagaimana dan bila The Malaysian Insight sebenarnya telah menghina pemimpin-pemimpin negara dan Najib?
Adakah mengkritik dan menegur, di era yang kononnya penuh keterbukaan dan didakwa lebih baik berbanding  kepimpinan pemimpin terdahulu, juga merupakan suatu penghinaan?
Ataukah serangan kepada Faridah Begum itu hanya suatu bentuk “pukul anak sindir menantu” dan tekanan yang sebenarnya ditujukan kepada Apandi sendiri yang pernah mengarahkan siasatan dibuka semula terhadap 1MDB serta beliau juga mewujudkan pasukan petugas khas memantau siasatan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad yang didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang?
Adakah ini bermakna Apandi mula tidak disenangi dalam menjalankan tugasnya?
Jika begitu, siapakah yang mencaturkan agar perwakilan UMNO Pulau Pinang itu untuk membuat serangan kepada isteri Apandi?
Berhubung apa yang dibangkitkan oleh perwakilan itu berkenaan The Malaysian Insight, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak dengan pantas memberi reaksi bahawa siasatan akan segera dijalankan.
“Laporan berkenaan The Malaysian Insight telah diterima dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM akan menjalankan siasatan.
“Kita akan buat siasatan dan jika didapati melanggar akta yang ada, kita akan beri laporan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan seterusnya dapat diambil,” kata Salleh lagi.
Dengan perkembangan ini, apakah jika SKMM mendapati ada kesalahan atau akta tertentu yang telah dilanggar oleh The Malaysian Insight dan Faridah Begum, maka akhirnya Apandi selaku Peguam Negara akan membiarkan pendakwaan dilakukan terhadap isterinya sendiri?
Wahhh…ini sudah jadi rekod dunia, suami mendakwa isteri sendiri!!
Atau akhirnya Apandi yang terpaksa berundur dan meletakkan jawatannya?
 

Dan itukah matlamat yang sebenar-sebenarnya memang disasarkan?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iKVeGo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.