Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula” – Upial Isil mahu kahwin dengan orang Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula” – Upial Isil mahu kahwin dengan orang Malaysia

KUALA LUMPUR: Meledak dengan lagu Tak Tun Tuang, penyanyi berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, Upiak Isil mengaku mula menerima lamaran jejaka termasuk individu yang pernah menolak cintanya.

"Mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula" - Upial Isil mahu kahwin dengan orang Malaysia

“Mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula” – Upial Isil mahu kahwin dengan orang Malaysia

Bagaimanapun, Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda memberitahu, sejak hidup sendirian selepas berpisah dengan bekas suami pada akhir 2015, dia hanya mahu membahagiakan keluarga terutama ibu.

“Saya dan bekas suami berkahwin pada 2013. Pada penghujung 2015, kami bercerai.

“Apa yang boleh saya katakan, sudah tiada lagi persefahaman antara kami. Disebabkan itu, saya dan bekas suami memutuskan untuk berpisah.

“Tiga hari saya menangis disebabkan perpisahan itu. Bekas suami saya pun sudah berkahwin lain,” katanya kepada BH Online.

Upiak berkata, buat masa ini, dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada karier nyanyian biarpun mengaku mula dilamar jejaka.

“Saya mahu membahagiakan keluarga, terutama ibu.”Tidak dinafikan, ramai yang mahu melamar saya. Malah, mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula.

“Ada yang menghantar mesej di laman sosial, tetapi saya abaikan saja. Kalau ada jodoh, saya teringin juga untuk ditemukan dengan lelaki dari Malaysia,” katanya yang memiliki pekerjaan tetap sebagai jururawat di sebuah hospital.

Berkongsi pengalamannya selepas Tak Tun Tuang menjadi tular dan popular, Upiak mengaku kehidupannya tidak lagi seperti dulu.

“Apabila saya keluar, ramai yang mahu mengambil gambar dengan saya. Saya juga banyak memenuhi undangan nyanyian.

“Selain Malaysia, saya turut menjelajah ke Thailand untuk tujuan promosi… Sambutannya memang menggalakkan.

“Paling ketara, dapat tidur di hotel mewah. Sebelum ini, saya pernah menginap di tempat sedemikian, tetapi tidaklah sekerap sekarang,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber “Mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula” – Upial Isil mahu kahwin dengan orang Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ycd0HT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.