Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia tentang habis-habisan tindakan Trump - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia tentang habis-habisan tindakan Trump



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan menentang habis-habisan isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Rabu depan.

"Insya-Allah, saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istanbul pada 13 Disember ini. Saya tak redha nasib umat Islam tertekan dalam apa jua keadaan!

"Saya nak beritahu mereka bahawa UMNO, umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan, sampai bila-bila takkan kita terima," kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau semalam.

Najib dalam catatan Twitter sebelum ini, turut memberitahu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menelefon beliau untuk hadir pada persidangan khas berkenaan kerana suara Malaysia penting.

"3 hari lepas Presiden Erdogan telefon minta saya hadir Persidangan Khas OIC kerana suara Malaysia penting.

"Saya batalkan rundingan tahunan dengan Singapura dan terangkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, isu Baitulmaqdis ini cukup penting kepada umat Islam seluruh dunia," katanya. - BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iKE2kv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.