Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya kenal di hari pernikahan, Fad dan Achey tak pernah dikenalkan dengan isteri Abam sebelum ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya kenal di hari pernikahan, Fad dan Achey tak pernah dikenalkan dengan isteri Abam sebelum ini

AHLI kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad mendedahkan mereka hanya mengenali identiti sebenar isteri Abam pada hari pernikahan berlangsung.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata Abam terlalu berahsia dan tidak pernah memperkenalkan calon isterinya itu kepada mereka.

“Kalau nak tahu, ini kali pertama kami berjumpa isteri Abam dan tak pernah tahu pun siapa wanita bernama Hidayah.

 

Fad dan Achey pertama kali menemui isteri Abam di hari pernikahan. Foto IG: @acheykintangkintung

“Di hari pernikahan ini baru kami dapat kenal dan berjumpa secara berdepan dengan isteri Abam,” katanya kepada mStar Online.

Mereka ditemui di majlis pernikahan Abam dan Hidayah yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam Selangor pada Jumaat.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.

Sementara itu, Fadzlie Nizam atau Fad pula berkata Abam kerap kali meluahkan keinginan untuk berkahwin, namun niatnya itu masih belum kesampaian.

Hanya kenal di hari pernikahan, Fad dan Achey tak pernah dikenalkan dengan isteri Abam sebelum ini

Hanya kenal di hari pernikahan, Fad dan Achey tak pernah dikenalkan dengan isteri Abam sebelum ini

Ahli kumpulan Bocey bersama isteri masing-masing.

“Dia janji nak kahwin tapi selalu tak jadi, sampaikan kami pun tak tahu mana satu yang betul-betul akan jadi.

“Kali ini dia cakap nak kahwin dan kami kata tak nak tahu sebab takut tak jadi lagi. Alhamdulillah, akhirnya dia bernikah dan baru kami tahu siapa isterinya,” ujarnya.

Bercakap mengenai sisi peribadi Abam, Achey memaklumkan temannya itu merupakan seorang lelaki yang sukar membuka hati kepada mana-mana wanita.

Oleh kerana itu, mereka berasakan Hidayah merupakan insan bertuah kerana berjaya mengetuk pintu hati Abam.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali.

“Abam ni susah nak buka hati untuk seseorang. Apa yang boleh kami kata, Hidayah bertuah dan sememangnya layak untuk Abam.

“Semoga pasangan ini bahagia melayari alam rumah tangga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

Sebelum ini, Abam menjelaskan dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai perkahwinan kerana bimbang ia tidak berlaku seperti diharapkan.

Justeru itu, pelakon ini lebih selesa tidak terlalu mendedahkan mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mengumumkan apabila benar-benar sudah pasti.

Sumber: Mstar



Sumber Hanya kenal di hari pernikahan, Fad dan Achey tak pernah dikenalkan dengan isteri Abam sebelum ini

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AsTeOj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.