Hi! Welcome Back and Stay Tune! ANCAM SERANG ZAID IBRAHIM, JAMAL DIREMAN 2 HARI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ANCAM SERANG ZAID IBRAHIM, JAMAL DIREMAN 2 HARI

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes ugutannya terhadap Datuk Zaid Ibrahim.

Pemimpin gerakan Baju Merah itu ditahan malam tadi sejurus selepas tamatnya Perhimpunan Agung Umno 2017.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah mengesahkan penahanan Jamal dan berkata, beliau disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.

Seksyen 504 Kanun Seksaan berhubung penghinaan dengan niat untuk membatalkan keamanan, manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 berhubung tingkah laku menghina.

Jumaat lalu, Jamal membuat ancaman terhadap Zaid ekoran kenyataan yang dibuatnya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bertempat di perkarangan PWTC, Jamal yang lengkap berbaju Melayu hijau dan bersamping songket bersama sekumpulan penyokong membawa beberapa keratan patung Zaid, lalu membakar dan memukulnya dengan tukul besi.

Beliau juga mengancam “memburu” Zaid jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap beka menteri di jabatan perdana menteri itu, serta sanggup berhadapan apa-apa kemungkinan daripada tindakannya.

Ia berikutan kenyataan Zaid terhadap Sultan Selangor yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang “sanggup membakar negara dengan kemarahannya”.

Zaid menerusi Twitter kemudian berkata, Sultan Selangor harus lebih berhati-hati dengan kata-katanya dan terdapat kesan jika “Raja-raja bermain politik”.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2khTbtT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.