Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rahman Dahlan jemput Sheila Majid dan artis lain ke Unit Perancang Ekonomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rahman Dahlan jemput Sheila Majid dan artis lain ke Unit Perancang Ekonomi

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah menjemput Ratu Jazz negara Sheila Majid dan selebriti lain untuk menghadiri taklimat mengenai keadaan ekonomi Malaysia di Unit Perancang Ekonomi (UPE).

Rahman Dahlan jemput Sheila Majid dan artis lain ke Unit Perancang Ekonomi

Rahman Dahlan jemput Sheila Majid dan artis lain ke Unit Perancang Ekonomi

“Mungkin Persatuan Seniman boleh menganjurkan lawatan ini dan saya amat berbesar hati menjadi tuan rumah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam UPE dalam beberapa buah kiriman status di Twitter pada hari Ahad (10 Disember).

 

Sheila baru-baru ini telah menjadi tajuk berita utama apabila mengirimkan sebuah tweet berkenaan peningkatan kos sara hidup.

(Terjemahan: “Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan kerja kekurangan. Rakyat jadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka.

“Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat kembalikan era kegemilangan. Mengecewakan.”

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, tidak salah bagi selebriti untuk memberi komen mengenai hal ehwal semasa negara itu, tetapi sama seperti orang lain, mereka haruslah bersedia untuk dikritik.

BACA: Jamawi Pula Sindir Fathia, Sheila Majid Isu Ekonomi

Ahli Parlimen Kota Belud tersebut, yang mengakui merupakan “peminat setia”penyanyi itu sendiri, berkata beliau pasti dapat mendengar pandangan jujurnya atau orang lain jika beliau boleh bertolak ansur dengan “kritikan tidak berasas oleh pihak pembangkang”.

“Tetapi saya harap dia boleh menghadapi pengkritiknya dan menyatakan dengan lebih lanjut sebab mengapa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu,” kata Abdul Rahman lagi.

Abdul Rahman juga menggalakkan orang ramai untuk melawat Expo NegaraKu yang dianjurkan UPE yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka.

Pameran interaktif tersebut merupakan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, termasuk “dasar-dasar untuk membuat kos hidup lebih menyenangkan”.

Sementara itu, dalam tweet lain, Abdul Rahman turut menyatakan bahawa di negara lain, “selebriti, pelawak, malah bintang porno” juga turut melibatkan diri dalam isu-isu yang mempengaruhi negara mereka, hingga terdapat beberapa orang daripada mereka yang memutuskan untuk menjadi ahli politik sepenuh masa.

“Tetapi selebriti ini mempunyai rekod pencapaian yang melibatkan diri mereka selama bertahun-tahun lamanya, dalam isu-isu yang mereka percayai. Mereka menghadiri dan menganjurkan ceramah, mengambil bahagian dalam perbincangan dan sebagainya. Mereka jarang tweet satu atau dua kali dan mengharapkan orang memahami motif mereka.

“Dengan cara ini, ramai selebriti negara kita mengalami trauma yang dikritik secara kasar oleh netizens dan pembangkang hanya semata-mata kerana sekeping gambar yang diambil bersama-sama dengan PM. Selamat datang ke politik Malaysia!” kata Abdul Rahman lagi.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Rahman Dahlan jemput Sheila Majid dan artis lain ke Unit Perancang Ekonomi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B6Mo0E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.