Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP SEGAMBUT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP NAJIB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP SEGAMBUT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP NAJIB

DAP hari ini telah membuat laporan polis supaya menyiasat Perdana Menteri Najib Razak kerana menuduh pakatan pembangkang sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

Laporan dibuat Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng di balai polis Dang Wangi mendesak Najib disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menghalang dari membuat sebarang komen yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama.

Semalam, ketika penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71, Najib menuduh Dr Mahathir Mohamad sebagai kuda tunggangan DAP.

“Mereka cakap mereka nak berjuang untuk Melayu dan Islam, tapi mereka dalam pakatan dan dipergunakan sebagai alat oleh DAP yang terang anti-Melayu dan Islam,” kata Najib pada Khamis.

Najib juga mengutuk perlembagaan DAP yang disifatkan mahu membentuk sebuah negara sekular.

“Perlembagaan DAP tidak menyebut Islam sebagai agama rasmi persekutuan, seolah nak tukar Malaysia jadi negara sekular pula,” Najib dipetik sebagai berkata demikian pada Khamis lalu.

Sehubungan itu, Lip Eng berkata, itu adalah “tuduhan mengarut.”

“Kenyataan yang datang dari mulut perdana menteri itu itu sangat serius. Sebab itu saya buat laporan polis. Saya nak polis siasat beliau di bawah semua akta termasuk Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Lip Eng, Barisan Nasional pun ada banyak parti politik dan banyak antara parti-parti itu tidak menyebut Islam dalam perlembagaan masing-masing.

Turut hadir bersama Lip Eng, Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli jawatankuasa DAP Ronnie Liu.

Mereka juga turut membuat laporan polis terhadap ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos kerana mengancam ahli DAP Zaid Ibrahim berhubung komen di Twitter mengenai Sultan Selangor.

Pada 6 Disember lalu, Jamal dan penyokongnya membakar dua potongan kadbod menyerupai bekas menteri, Zaid Ibrahim ketika PAU berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

“Ini tak perlu diperjelaskan lagi,” kata Lip Eng hari ini, sebelum menyambung, “ini jelas merupakan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan.”

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iNEMW7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.