Hi! Welcome Back and Stay Tune! MENTERI DAKWA KENYATAAN ‘TUHAN TENTUKAN HARGA BARANG’ DIPUTARBELIT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MENTERI DAKWA KENYATAAN ‘TUHAN TENTUKAN HARGA BARANG’ DIPUTARBELIT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa kenyataannya berhubung harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia “terserah kepada Tuhan” telah diputarbelit sesetengah media.

Menurut laporan The Star, Hamzah menyatakan rasa kesalnya dengan segelintir media dan ahli politik pembangkang yang memutarbelitkan kenyataannya itu dan menuduh kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk menangani masalah kos sara hidup yang tinggi.

“Malah, harga barangan di Malaysia pada masa ini antara yang terendah di Asean.

“Ia menunjukkan kita mengawal harga dengan baik. Kita sebenarnya sangat adil kerana menjaga kedua-dua pihak, peniaga dan pengguna,” katanyan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno semalam, Hamzah berkata tindakan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam pasaran beabs selaras dengan amalan di zaman nabi Muhammad.

Ketika itu beliau memetik hadis riwayat Abu Daud daripada Anas bil Malik, berkenaan permintaan sahabat Rasulullah yang meminta baginda menetapkan harga barangan untuk mereka.

“Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta,” katanya.

aSarjana berhujah bahawa hadis itu bermakna harga barangan perlu ditentukan pasaran.

Menurut laporan The Star hari ini lagi, Hamzah juga berkata Rasulullah mencegah amalan menentukan harga dan melarang penduduk pada masa itu campur tangan dalam pasaran.

“Nabi Muhammad tidak menyebut secara khusus tentang pasaran bebas, tetapi itulah yang cuba dijelaskan baginda kepada umatnya.

“Apabila anda bercakap tentang pasaran bebas, anda mesti berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” katanya lagi seperti dipetik.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A7TiyQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.