Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu bunuh budak perempuan yang dilanggar untuk elak bayar pampasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu bunuh budak perempuan yang dilanggar untuk elak bayar pampasan

BEIJING – Seorang pemandu didakwa membunuh seorang budak perempuan yang dilanggarnya untuk mengelak membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Pemandu bunuh budak perempuan yang dilanggar untuk elak bayar pampasan

Pemandu bunuh budak perempuan yang dilanggar untuk elak bayar pampasan

Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampiran tempat tinggalnya.

Saksi memberitahu ayah mangsa, dia melihat seorang lelaki memasukkan seorang budak perempuan ke dalam keretanya sebelum memandu dari situ sekitar waktu tengah hari.

Saksi terbabit sempat mengambil butiran kereta berkenaan yang diserahkan kepada polis. Suspek bernama He ditangkap pada 27 November lalu mengaku membunuh mangsa, lapor akhbar Hebei Daily.

He mengaku terlanggar mangsa ketika memandu melalui kampung itu dan takut perlu membayar kos perubatan yang tinggi. Disebabkan itu, dia melarikan mangsa sebelum membawanya ke sebuah ladang dan membunuh serta membuang mayatnya.

Polis masih menyiasat kes itu.

Mengikut undang-undang China, pemandu yang mencederakan atau membunuh orang dalam nahas jalan raya mesti membayar pampasan. Begitu juga mereka yang didapati bersalah membunuh.

Jumlah pampasan boleh dirunding dengan keluarga mangsa atau ditetapkan hakim. Kes mengakibatkan kematian hanya memerlukan satu bayaran pampasan, namun kejadian membabitkan kecederaan serius mungkin menyebabkan pelakunya terpaksa membuat bayaran berterusan sepanjang hayatnya. – Agensi/myMetro

Sumber: Mynewshub



Sumber Pemandu bunuh budak perempuan yang dilanggar untuk elak bayar pampasan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybUbV8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.