Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERWAKILAN: UNDI BN TAK TERGUGAT KERANA ‘JO1’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERWAKILAN: UNDI BN TAK TERGUGAT KERANA ‘JO1’

Penduduk Johor akan tetap memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, meskipun menteri besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dikaitkan dengan skandal hartanah negeri itu.

Rata-rata perwakilan yang ditemui di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 di PWTC menyatakan sedemikian ketika ditanya berhubung perkara itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan ia adalah fitnah pembangkang yang telah dijawab Khaled.

“Menteri Besar sudah berikan penerangan dan saya kira ia amat jelas. Saya selaku pimpinan (Umno) Johor yakin itu adalah fitnah.

“Pembangkang sudah tiada kerja lain, mengungkit perkara yang tidak benar. Saya juga pernah ada pengalaman sebegitu dan saya harap mereka berhenti,” katanya yang juga menjadi perwakilan bagi Johor.

Menurut dokumen kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor di internet, Khaled antara lain didakwa menerima suapan RM12 juta bagi menukarkan status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera.

Kenyataan tersebut milik Amir Shariffuddin Abd Raub, salah seorang yang dituduh dalam kes itu bersama-sama bekas exco kerajaan negeri Datuk Abdul Latif Bandi awal tahun ini.

Ia dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi dalam sidang DUN hujung bulan lalu.

Penolong Setiausaha Umno Pasir Gudang Noor Azleen Ambros berkata, isu tersebut sengaja digunakan untuk mencemarkan imej Khaled, namun yakin ia tidak menjejaskan sokongan rakyat negeri itu.

“Dengan demam PRU, inilah yang percubaan yang dibuat pembangkang. Saya tak fikir ia cukup untuk menggugat kepercayaan rakyat.

HARAPAN kering idea

Beliau juga membidas tindakan pembangkang yang menggunakan istilah ‘Johor Official 1 (JO1)’ – ilham daripada ‘Malaysia Official 1 (MO1) yang digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) – ketika membangkitkan isu itu.

Beliau merujuk tindakan ADUN Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor dan aktivis yang menggunakan sepanduk ‘JO1’ ketika mengadakan protes terhadap khaled 4 Disember lalu.

Ia dilakukan pada hari sama Khaled menjawab dakwaan itu di sidang DUN, dengan menyifatkannya sebagai tuduhan yang tidak berasas, tidak benar dan tidak bersangkutan dengannya.

“Tandus dan kering idea. Menteri Besar sudah memberikan butiran secara terperinci tentang apa yang dimaksudkan sebagai keterangan saksi dan kertas siasatan. Dokumen yang bocor itu adalah keterangan saksi.

“Pembangkang menggunakan sumber tidak sahih untuk membangkitkan (isu),” katanya.

ADUN HARAPAN juga mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

Penerangan pada akar umbi

Ketua Cawangan Kampung Ibrahim Majid, Simpang renggam, Muhamad Afendi Abdul Rahman juga menyuarakan sentimen sama, berdasarkan reaksi yang dilihatnya di peringkat akar umbi.

Namun, beliau tetap mengingatkan anggota Umno agar turut sama menepis cubaan mewujudkan persepsi tidak baik itu di kalangan pengundi.

“Tak beri kesan, akar umbi tak bercakap isu ini,” katanya lagi.

Anggota Jawatankuasa Umno Pontian, Buang Sadon pula sedikit berbeza, dengan menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasatnya.

Beliau juga berkata, pimpinan parti negeri perlu memberikan penerangan secara khusus di peringkat akar umbi agar rakyat faham situasi sebenar.

“Kami di peringkat akar umbi, keputusan kena lihat siasatan rasmi. Pihak kami akur dengan siasatan pihak terlibat (SPRM).

“Umno juga kena beri penerangan sejelas-jelasnya. Rakyat johor masih ‘cool’. Undian mungkin sedikit sebanyak terjejas tapi tak genting sangat,” katanya lagi.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jDgij2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.