Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB JOHOR PATUT PERJELASKAN DULU SKANDAL HARTANAH SEBELUM DIJATUHKAN, KATA DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB JOHOR PATUT PERJELASKAN DULU SKANDAL HARTANAH SEBELUM DIJATUHKAN, KATA DAP

SEBELUM dijatuhkan oleh Umno sendiri, Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin patut perjelaskan dahulu tuduhan yang dihadapinya berkaitan skandal hartanah, kata Ketua DAP Johor Liew Chin Tong.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata, beliau dapat tahu dari rakan-rakan Umno-nya ada percubaan untuk menukar menteri besar Johor dan juga Melaka yang lebih mesra dengan Perdana Menteri Najib Razak.

“Nasihat saya kepada Khaled, berhati-hatilah dengan ‘pisau dari belakang’ yang datang dari Umno sendiri. Jadi, lebih baik beliau bersihkan nama dengan perjelaskan mengenai dakwaan terhadapnya itu supaya kredibilitinya yang kalau ada itu, tak terjejas.

“Bila Khaled dijatuhkan oleh Umno, sekurang-kurangnya beliau boleh dilihat orang ramai sebagai seorang yang bersih dan jujur,” kata Chin Tong ketika pelancaran Wanita Pakatan Harapan Johor di Johor Bahru hari ini.

Chin Tong berkata, ada desas-desus dikalangan Umno mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Melaka itu adalah rancangan untuk menaikkan penyokong tegar Najib.

“Kawan-kawan saya dalam Umno berpandangan tindakan SPRM baru-baru ini di Johor dan Melaka berkait dengan percubaan untuk menggantikan Khaled dan (Ketua Menteri Melaka) Idris (Haron) dengan barisan pemimpin baharu yang lebih setia dengan Najib.

“Sesiapa yang faham dengan politik Malaysia akan nampak semua ini (percubaan menukar pimpinan) datang dari Umno sendiri,” katanya.

Tuduhan terhadap Khaled pertama kali dibangkitkan oleh Adun DAP Senai Wong Shu Qi ketika persidangan Dewan Negeri bilamana beliau mempersoalkan adakah Khaled menerima wang sejumlah RM12 juta berhubung penukaran status tanah.

Shu Qi berkata maklumat ini diperolehi dari sebuah laman web yang memuat naik kenyataan saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh SPRM berkenaan skandal tersebut.

Pada 4 Disember, Khaled menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan skandal hartanah itu sebagai tidak berasas dan fitnah, selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Wong.

Manakala Jumaat lepas, kenyataan Shu Qi itu telah direkod oleh polis bagi membantu sebagai saksi siasatan SPRM.

Pada 8 Disember lalu, blogger Milosuam atau nama sebenar Yusof Al-Siddique Suratman turut ditahan dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan polis berhubung kebocoran dokumen itu.

Yusof didakwa memuat naik rencana mengandungi kenyataan saksi SPRM dalam blognya.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang dianggap menyinggung perasaan atau menyebabkan gangguan, selain disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berhubungan dengan pembocoran maklumat.

Chin Tong berkata, gangguan yang dihadapi oleh Shu Qi dan Yusof adalah “taktik buli untuk menyembunyikan krisis besar sebenar Umno Johor.”

Beliau juga berkata, Khaled tak sepatutnya menjadi seperti Malaysian Official 1 atau “MO1,” individu tak bernama dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung skandal dana 1MDB yang kemudiannya disahkan individu itu sebagai Perdana Menteri Najib Razak oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Abdul Rahman Dahlan.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jCqJ6A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.