Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan usik keluarga saya: Azmin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan usik keluarga saya: Azmin

Menteri Besar Selangor mendakwa beliau telah mendapat maklumat berkenaan tangkapan akan dilakukan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli keluarganya berkaitan kes rasuah.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya mendapat maklumat tangkapan itu akan dibuat pada minggu hadapan berkemungkinan kes yang sama.

“Saya juga sudah dapat maklumat bahawa mana-mana ahli keluarga yang menyokong saya, mereka akan ditangkap satu persatu.

“Sebaliknya mana-mana ahli keluarga yang tidak bersetuju dengan saya, pihak lawan akan mempergunakan mereka melalui saluran media bagi memfitnah dan menyerang saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi Dun Kota Damansara di tapak pasar tani Kampung Melayu Subang, hari ini.

Pada masa sama, Adun Bukit Antarabangsa itu turut mengingatkan pihak lawan agar bermain politik secara matang bukannya dengan menyerang ahli keluarganya selepas gagal menjatuhkan dirinya dan Kerajaan Selangor.

“Jika tidak bersetuju dengan saya, lawan saya, bahas saya dan jangan ambil anak saudara saya.

“Saya ingatkan jangan sentuh keluarga saya dan jangan buat fitnah dan maki hamun, mari lawan secara ‘gentleman’ pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

The post Jangan usik keluarga saya: Azmin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jgSyUT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.