Di sini lahirnya seorang PM
Ooi Heng · Diterbitkan pada 19 Dec 2017 2:30PM
PAKATAN Harapan (PH) baru-baru ini dilaporkan, semasa retreat pada 1 dan 2 Disember, 2017 di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk Pilihan Raya Uumum ke-14 (PRU14).
Calonnya ialah Pengerusi PH merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PH merangkap Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut laporan media, “pencalonan” ini dikatakan dipersetujui oleh Bersatu, Amanah dan DAP, manakala PKR tidak menyatakan persetujuan mereka dan ingin menangguhkan perkara ini supaya dibincangkan dalam biro politik sendiri.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin PH dilaporkan berkata perkara ini perlu direstui oleh Ketua Umum PH Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan.
Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menetapkan perdana menteri (yang dilantik Yang di-Pertuan Agong) hendaklah seorang ahli Dewan Rakyat yang, pada hemat Yang di-Pertuan Agong, mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang peruntukan yang menyebut tentang jawatan timbalan perdana menteri.
Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin menyuarakan kebimbangan dengan tindakan menamakan calon PM “peralihan” atau interim sebelum keputusan PRU14 diketahui kerana tindakan ini mungkin akan menimbulkan suatu krisis legitimasi (legitimacy crisis) bagi PM baharu itu serta kerajaan pimpinannya, jika PH menang PRU14 nanti.
Sebaliknya, kami berpendapat pencalonan PM yang muktamad sebaik-baiknya dibuat kemudian iaitu sejurus selepas memenangi PRU14, dan berdasarkan keputusan masing-masing bagi parti-parti komponen PH.
Sokongan
Kami berpendapat lahirnya seorang PM, satu-satunya ketua kerajaan persekutuan sesebuah negara, adalah daripada parti politik yang memenangi bilangan kerusi Parlimen yang meyakinkan dalam komposisi sebuah gabungan parti pemerintah.
Seperti yang disebut tadi, PM mestilah seseorang yang disokong oleh majoriti dalam Dewan Rakyat, iaitu melebihi 50%. Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi Parlimen, menurut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, maka PM mestilah seseorang yang disokong sekurang-kurangnya 112 ahli Dewan Rakyat.
Dalam PRU13 pada 5 Mei, 2013 Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen, dengan Umno menang 88 kerusi. Oleh itu Pengerusi BN Najib Razak yang juga presiden Umno yang selama ini mendominasi BN, terus menjadi PM.
Oleh itu, jika BN ditewaskan dan kerajaan baru dibentuk, maka PM baharu daripada kerajaan baharu yang ditunjangi PH nanti, sebaik-baiknya hendaklah seorang ahli Dewan Rakyat yang berasal daripada parti politik yang memenangi bilangan kerusi Parlimen yang meyakinkan serta mendapat sokongan 112 kerusi Dewan Rakyat, biarpun parti komponen bertanding dengan tiket masing-masing.
Ini kerana memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kelihatan masih berlengah-lengah memproses permohonan pendaftaran PH sebagai gabungan parti-parti politik.
Berdasarkan keputusan PRU12 dan PRU13 serta pengamatan semasa, senario yang lebih mungkin berlaku adalah jika PH menang PRU14, parti komponen PH yang akan memenangi kerusi Parlimen yang meyakinkan adalah DAP dan PKR, diikuti Bersatu dan Amanah.
Realiti politik menolak kemungkinan lahirnya seorang PM daripada DAP dan Amanah. Sesungguhnya, pemimpin DAP terutamanya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkali-kali menafikan niat mereka untuk menjadi PM. Maka calon PM “peralihan” berkisar antara PKR dan Bersatu.
Krisis
Andaikan keputusan PRU14 menunjukkan Bersatu memenangi bilangan kerusi Parlimen yang sama atau melebihi bilangan kerusi PKR, maka tiada masalah untuk Bersatu mencalonkan pemimpinnya sebagai PM. Parti komponen yang menyokong calon tersebut juga tidak berdepan dengan sebarang krisis legitimasi dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.
Penganalisis politik meramalkan mereka yang mungkin merosakkan undi sekitar 10% hingga 15% pengundi Cina. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2017
Penganalisis politik meramalkan mereka yang mungkin merosakkan undi sekitar 10% hingga 15% pengundi Cina. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2017.
Tetapi, andaikan keputusan PRU14 menunjukkan PKR memenangi bilangan kerusi Parlimen yang meyakinkan sedangkan bilangan kerusi Bersatu tidak setimpal malah jauh berkurangan berbanding bilangan kerusi PKR, maka penetapan calon PM daripada Bersatu sebelum keputusan PRU14 akan menjurus kepada kemungkinan berlakunya krisis legitimasi.
Sesungguhnya, senario semasa menunjukkan PKR berkemungkinan besar menang bilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding Bersatu.
Kami berpendapat, barisan pimpinan PH faham perkara yang penting sebelum melantik seseorang perdana menteri adalah menang pilihan raya. Oleh itu, sentimen pengundi perlu dijaga dan diutamakan. Tiada jaminan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat semasa PRU13 akan kekal dengan sokongan undinya terhadap PH semasa PRU14.
Terdapat sentimen dalam kalangan pengundi pelbagai lapisan masyarakat yang melihat sikap PH terhadap sokongan padu PRU13 yang diberikan oleh pengundi, khususnya sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi bukan desa, sebagai “take for granted”.
Kami jangkakan, jika pencalonan PM “peralihan” diteruskan sebelum keputusan PRU14 diketahui, tanpa syarat dan tanpa mengambil kira pandangan berbeza pelbagai pihak, sentimen negatif sebilangan pengundi secara signifikan, yang menyokong perubahan rejim pemerintah, tetapi tidak setuju dengan PH dalam beberapa perkara tertentu, akan terus menular.
Kami berpendapat pertukaran kerajaan persekutuan tidak akan berlaku dengan bergantung kepada pemerolehan undi satu kaum sahaja di Malaysia yang berbilang kaum.
Dalam sejarah Malaysia, apabila majoriti Melayu yang cukup besar menyokong parti pembangkang, pertukaran kerajaan persekutuan tidak berlaku kerana majoriti bukan Melayu yang cukup besar menyokong parti pemerintah sedia ada. PRU10 pada 1999 contoh yang wajar dijadikan pengajaran.
Ketika PRU14 semakin menghampiri, apa yang kita perlukan adalah tindakan yang tidak mengundang krisis legitimasi, dan yang boleh membawa ledakan sentimen positif dan momentum masyarakat pelbagai lapisan untuk perubahan.
Kami berpendapat, perbincangan atau dialog dengan masyarakat sivil dengan perwakilan yang seluas mungkin perlu diadakan oleh barisan pimpinan PH untuk mendapatkan pandangan masyarakat sebelum membuat keputusan yang boleh mengundang kontroversi kemudian hari.
Peratusan kurang
Menurut laporan The Malaysian Insight pada 5 Disember, 2017, penganalisis politik C.C. Liew meramalkan mereka yang mungkin merosakkan undi adalah sekitar 10% hingga 15% pengundi Cina. Penganalisis politik Dr Phoon Wing Keong menjelaskan tidak ramai yang memilih untuk membuat undi rosak tetapi yang berlaku adalah kadar keluar mengundi akan berkurangan.
Secara khususnya, pengamatan penganalisis politik yang memahami bahasa Cina dan mengikuti perkembangan masyarakat Tionghua secara dekat menjurus kepada analisa yang sama, yakni kadar keluar mengundi akan menurun kepada satu paras yang rendah. Seterusnya, kadar keluar mengundi yang lebih rendah akan menjejaskan peluang PH untuk menang.
Bayangkan, apa yang berlaku apabila kadar keluar mengundi berkurangan kepada paras 70%?
Jika tindakan diambil pimpinan PH adalah perkara yang wajar dilakukan, maka tiada masalah ia diputuskan, meskipun keputusan yang diambil berdepan dengan risiko menurunkan kadar keluar mengundi. Sesuatu yang wajar hendaklah dilakukan kerana ia benar dalam konteks yang diutarakan.
Tetapi, jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana keputusan tertentu adalah cacat daripada segi kewajarannya, maka apabila mengundang kontroversi atau lebih serius lagi, apabila berdepan dengan krisis legitimasi nanti, sebuah gabungan parti yang berazam memerintah dengan kebijaksanaan baru, akan memakan dirinya.
Sebuah gabungan parti yang berniat untuk bertanding hanya dalam satu PRU akan cenderung untuk mengendahkan soal pokok berkisar sekitar kewajaran dan legitimasi tindakan politiknya.
Manakala, sebuah gabungan parti yang berazam untuk bertanding dalam PRU seterusnya akan cenderung untuk memandang berat soal kewajaran dan legitimasi tindakan politiknya.
Kami percaya, PH bukanlah sebuah gabungan parti yang hanya berniat untuk bertanding dalam satu PRU. Justeru, kami berharap, pimpinan PH tidak mengabaikan soal kewajaran dan legitimasi tindakan politiknya. – 19 Disember, 2017.
* Ooi Heng ialah pengarah eksekutif badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU).

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BQRz5N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment