‘Saya Tak Pernah Paksa Orang Minum Produk Saya’ – Datuk Seri Vida
Elyana yang sebelum ini pernah mengejutkan ramai peminatnya apabila mengumumkan bahawa beliau mengidap kanser tahap 4, juga telah membuatkan ramai terharu termasuklah pengasas jus pamoga iaitu Datuk Seri Vida.
Sebelum ini, Elyana pernah menimbulkan kontroversi hangat apabila mengaku tidak pernah minum jus yang dihadiahkan Datuk Seri Vida. Berikutan pengakuan itu, pelbagai respon diterima daripada netizen termasuklah daripada DS Vida sendiri.
Ianya menjadi isu hangat dan rata-rata netizen memberi respon positif dan negatif terhadap apa yang telah dinyatakan oleh Elyana di Instagramnya.
Menurut DS Vida, dia tidak pernah memaksa sesiapa pun minum produk keluaran syarikat beliau. Malah DS Vida menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau menyindir Elyana di pentas separuh akhir Gegar Vaganza baru-baru ini.
Saya tak pernah paksa dia cakap pasal produk saya
Pada minggu lalu, Elyana telah membuat pengakuan di sesi live instagram mengaku tidak pernah minum Pamoga seperti yang dikatakannya sebelum ini. Kata Elyana, beliau hanya ingin menjaga hati ingin menjaga hati DS Vida sebagai penaja.
Namun, DS Vida ketika dihubungi Harian Metro berkata dia tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk bercakap mengenai produknya.
“Saya tak pernah suruh dia cakap pasal produk saya. Dalam erti kata lain seolah-olah saya pergunakannya. Saya jenis yang cakap kepada semua orang pasal produk saya. Tak kisah siapa pun. Sampai orang ‘annoying’.
Disebabkan itu, apabila Elyana jujur mengaku tidak mengamalkan produk saya, saya tak balas atau komen apa-apa. Sebab kalau saya bercakap nanti orang ingat saya nak hentam dia. Saya faham situasi dilaluinya”
Kalau tak minum jujur je
Pengasas kosmetik itu juga menafikan dakwaan dia memerli Elyana seperti yang didakwa orang ramai.
Kalau tidak minum, baik jujur saja. Saya okey dan tak marah pun.
“Apa yang saya katakan pada konsert baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Mungkin orang salah faham apatah lagi sebelumnya timbul cerita membabitkan Elyana dengan produk saya.”
Tambah DS Vida lagi, dia hanya mahu kesemua peserta jujur jika mereka tidak minum tidak mengapa. Dia juga tidak pernah memaksa sesiapa pun minum produk yang dipromosikannya.
“Saya hanya mahu mereka cakap jujur saja iaitu minum atau tak. Kalau semua positif, nanti orang kata saya rancang dengan menyuruh orang kata minum.
Dalam perkara ini, saya okey saja. Kalau tak minum, cakap jer. Lagi pula ada ramai lagi yang minum produk ini. Saya tak nak disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”
Pada masa sama, DS Vida juga menafikan cuba mengambil kesempatan atas masalah kesihatan yang menimpa Elyana.
Harap semuanya boleh diselesaikan dengan baik.
Sumber: Ohbulan.com
The post ‘Saya Tak Pernah Paksa Orang Minum Produk Saya’ – Datuk Seri Vida appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kXE7Ts
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment