Kai-Tak bukan lagi ancaman, kata MetMalaysia
Ribut tropika Kai-Tak yang dijangka melanda negara malam ini hampir lenyap, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
KUALA LUMPUR: Ribut tropika Kai-Tak mulai lenyap dan bukan lagi menjadi ancaman kepada Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Alui Bahari.
Beliau berkata melalui pemantauan rapi jabatan itu, ribut berkenaan yang dijangka melanda negara mulai hari ini, mungkin tidak berlaku.
“Setakat ini, boleh dikatakan ia bukan lagi ancaman kepada Malaysia dan hampir lenyap,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Alui berkata keadaan itu disebabkan oleh pergerakan dan intensiti taufan tropika yang sentiasa berubah berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, katanya, hujan dijangka berterusan di beberapa negeri namun tidak lebat.
Dalam pada itu, Alui menasihatkan orang ramai supaya memuat turun aplikasi mudah alih, myCuaca, bagi mendapatkan maklumat terkini cuaca yang dikemas kini setiap 3 jam.
Selain laman sesawang METMalaysia, aplikasi myCuaca turut memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses maklumat dengan lebih cepat, ringkas dan pada
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Dy0tm8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment