Perisian Hasad Yang Melombong Kriptowang, Digmine Tersebar Melalui Facebook Messenger
Dengan harga pelbagai jenis kriptowang yang meningkat naik dengan drastik, para pengodam dan pihak tidak bertanggungjawab mula mengambil peluang untuk menyuntik skrip melombong ke komputer para pengguna dan menjana kriptowang melaluinya.
Terkini, Trend Micro mendapati terdapat sebuah perisian hasad baru yang melombong kriptowang dan tersebar melalui Facebook Messenger, dinamakan sebagai Digmine.
Buat masa ini, Digmine ini hanya memberikan kesan kepada pengguna Facebook Messenger melalui desktop dan pelayar web Chrome sahaja. Sebuah fail dihantar sebagai sebuah video, tetapi apabila ia dibuka ia akan menjalankan skripnya secara automatik. Malah, ia turut akan menghantar pautan berkaitan kepada rakan-rakan anda di Facebook.
Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan mengelak daripada membuka sebarang pautan yang diragui yang dihantar kepada anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C2OjRJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment