Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Berkerjaya Dikatakan Kurang Subur Dan Sukar Hamil – Kajian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Berkerjaya Dikatakan Kurang Subur Dan Sukar Hamil – Kajian

Zaman serba moden, kebanyakkan wanita zaman kini tidak suka hanya duduk di rumah. Mereka lebih suka menghabiskan masa di pejabat menguruskan kerja.

Dan disebabkan itu, ramai wanita yang sanggup hidup berseorangan sehingga lanjut usia, tidak memikirkan masa depan bersama keluarga. Bagi mereka kerjaya mereka lebih penting berbanding urusan lain.

Tahukah anda bahawa wanita yang berkerjaya berpotensi untuk kurang subur dan sukar hamil? Menurut kajian terbaru oleh pakar IVF dari Singapura, Prof Ng Soon-Chye, jumlah wanita berkerjaya yang semakin tinggi pada masa kini menjejaskan tahap kesuburan mereka.

Ini disebabkan golongan wanita ini akan lewat berkahwin sekaligus menjejaskan kadar kesuburan dan sukar untuk hamil.

Pendapat berkenaan disokong dengan statistik Jabatan Perangkaan yang menunjukkan kadar kesuburan wanita berusia antara 15 dan 49 tahun menurun daripada 2.0 bayi pada 2015 kepada 1.9 bayi pada 2016.

Astro Awani juga melaporkan, disebabkan sukar hamil permintaan bagi rawatan In-Vitro Fertalisation (IVF) di Malaysia semakin meningkat.

“Selepas (kerjaya) stabil, selalunya pada umur 30 hingga 40 tahun, barulah mereka mahu berkahwin. Ini menyebabkan kadar kesuburan mereka terjejas,” kata Soon-Chye.

Rata-rata wanita Malaysia kini memilih untuk mempunyai kerjaya yang stabil sebelum mendirikan rumahtangga dan membina keluarga. Mereka berfikiran begitu kerana mereka takut jika tersalah pilih suami dan akhirnya bercerai. Jika tidak mempunyai simpanan sendiri, hidup akan merempat.

Wanita terlalu rumit pemikirannya, namun segalanya untuk masa depan mereka.

Sumber: Hanasuva.com

The post Wanita Berkerjaya Dikatakan Kurang Subur Dan Sukar Hamil – Kajian appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BxwAB3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.