Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) OnePlus 6 Dijangka Dipasarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) OnePlus 6 Dijangka Dipasarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini

OnePlus merupakan salah satu jenama telefon pintar yang popular dikalangan peminat gajet. Sejak tahun lepas, OnePlus telah mula mengeluarkan dua peranti utama setiap tahun, iaitu melalui versi “T”.

OnePlus 5T telah pun dipasarkan di Malaysia bermula bulan ini, dan kini desas-desus awal mengenai peranti akan datang OnePlus telah mula kedengaran.

Melalui desas-desus baru yang kedengaran di arena internet, ia dikatakan OnePlus mungkin mengeluarkan dan memasarkan OnePlus 6 lebih awal daripada sebelum ini. Ia dikatakan berkemungkinan seawal Mac atau April kelak.

Jikalau dibandingkan sebelum ini, OnePlus 5 dilancarkan pada Jun 2017 – dan sekiranya benar OnePlus 6 dilancarkan Mac, ia akan memperlihatkan peranti baru diperkenalkan sekitar 3 bulan lebih awal.

Namun, langkah ini mungkin lebih realistik bagi pihak OnePlus dalam menjaga hati pengguna mereka – dan boleh mengeluarkan OnePlus 6T atau apa yang dipanggil kelak pada penghujung tahun tanpa membuatkan peminat mereka rasa tertipu.

Seperti biasa, ini sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zsjGCv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.