Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Buat Duit Dengan Homestay - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Buat Duit Dengan Homestay


Cara Buat Duit Dengan Homestay. Terdapat pelbagai cara untuk buat duit dengan hartanah. Selain daripada menyewakannya kepada penyewa, ia juga boleh dijadikan homestay. Homestay atau rumah tumpangan adalah satu lagi cara untuk menjana pendapatan tambahan.

Memulakan bisnes homestay atau rumah tumpangan tidak semestinya memerlukan satu rumah khas. Anda boleh mulakan dengan menjadikan bilik lebih dalam rumah anda sebagai bilik tumpangan.


Antara kelebihan bisnes homestay jika dibandingkan dengan rumah sewa:
  1. Penyewa lebih  mudah dipantau kerana penyewa menyewa untuk jangka masa pendek sahaja.
  2. Risiko kerosakan besar pada rumah atau bilik lebih kecil. Penyewa mungkin hanya duduk beberapa hari sahaja, jadi risiko kerosakan peralatan rumah adalah lebih kecil.
  3. Harga homestay biasanya lebih rendah berbanding hotel.

Antara kekurangan bisnes homestay berbanding rumah sewa:
  1. Pendapatan bulanan yang tidak tetap dan bermusim. Homestay biasanya sangat laris apabila masa cuti sekolah. Tetapi diwaktu-waktu lain, mungkin pendapatan daripada homestay tidak seberapa.
  2. Perlu uruskan rumah semasa cek-in dan cek-out. Sama ada anda lakukan sendiri atau upah orang yang dipercayai, anda perlu lakukan kerja-kerja mengemas setiap kali sebelum dan selepas penyewa menyewa homestay anda.
  3. Perlukan rumah / bilik yang lengkap dengan perabot. Oleh itu modal permulaan mungkin lebih besar berbanding rumah untuk disewa.

Untuk memulakan bisnes homestay, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu terlebih dahulu. Ini adalah penting untuk memastikan bisnes homestay anda bertahan lama.

1. Lokasi

Tempat terletaknya homestay anda memainkan peranan yang amat besar. Sebaiknya, lokasi homestay anda perlulah berada di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tumpuan ataupun bandar. Pemilihan lokasi ini adalah penting semasa mula-mula anda membeli rumah tersebut lagi. Pemilihan lokasi yang salah mungkin menyebabkan homestay anda tiada pelanggan.

2. Kejiranan

Selain lokasi homestay anda perlu berhampiran dengan kawasan tumpuan, anda juga perlu ketahui keadaan kejiranan di kawasan homestay anda. Ini adalah sangat penting sekiranya homestay anda terletak di kawasan dalam taman perumahan. Isu yang selalu timbul adalah berkenaan parking kereta penyewa homestay yang kadang-kala mengganggu lalu lintas. Anda sebagai pemilik homestay sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan jiran disebelah rumah homestay ini kerana jika tidak, mungkin boleh berlaku perbalahan antara penyewa homestay dan jiran homestay anda.

Saya sendiri dah beberapa kali mengalami masalah ini. Jiran rumah homestay tidak membenarkan saya untuk parking dikawasan hadapan rumah mereka (walaupun tak ganggu keluar masuk). Menyebabkan saya terpaksa parking kereta agak jauh dari homestay tersebut.

3. Persaingan

Sebelum anda memulakan bisnes homestay, anda perlu buat sedikit kajian berkenaan pesaing anda. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan pesaing anda, sebaliknya sebagai tanda aras untuk bisnes homestay anda.

Kajian ringkas boleh dilakukan berdasarkan on-site iaitu lawatan secara terus ke kawasan homestay yang kita nak bangunkan. Selain itu juga, anda boleh lakukan kajian secara online iaitu melalui laman web Airbnb, Mudah.my dan juga Google Place. 

Jika terlalu banyak persaingan pun kurang baik untuk bisnes anda kecuali homestay anda boleh menonjolkan sesuatu yang menarik minat penyewa homestay berbanding homestay lain. Sebaliknya, jika anda semak tiada persaingan langsung, anda juga perlu risau kerana mungkin kawasan tersebut tidak mempunyai permintaan rumah homestay.

4. Kemudahan

Apa yang membezakan antara satu homestay dengan homestay yang lain adalah dari segi kemudahan yang disedikan. Lebih baik kemudahan yang disediakan, pastinya lebih menarik homestay tersebut. Sebagai contoh adalah kemudahan untuk memasak. Rata-rata penyewa homestay yang berkeluarga gemar untuk memasak di homestay. Penyediaan dapur memasak akan dapat golongan penyewa seperti ini. 

Ok.

Setelah semua perkara diambil kira dan anda dah sediakan homestay anda dengan baik. Tibalah masa untuk anda mempromosikan homestay anda. Saya akan kongsikan beberapa cara untuk promosikan homestay dan seterusnya buat duit dengan homestay.

1. Airbnb


Sebelum ini saya ada terangkan berkenaan cara mendapatkan homestay murah di Airbnb. Anda juga sebenarnya boleh menyenaraikan homestay anda di Airbnb secara percuma. Penggunaan Airbnb sebagai medium untuk mencari homestay di Malaysia sebenarnya semakin berkembang setiap hari. Oleh itu, anda perlu mengambil peluang ini untuk menyenaraikan homestay anda di Airbnb agar ia lebih mudah untuk dijumpai oleh pengguna.

Selain itu, pasaran Airbnb juga bukan hanya sekadar pengguna di Malaysia. Apabila anda menyenaraikan homestay anda di Airbnb, homestay anda akan boleh dicari oleh semua pengguna Airbnb di seluruh dunia. Jadi jangan terkejut jika anda pelancong luar negara nak menyewa di homestay anda nanti 😁


2. Mudah.my

Satu lagi tempat untuk anda promosikan homestay anda adalah di laman web Mudah.my. Laman web ini cukup popular di Malaysia. Anda boleh senaraikan homestay anda di laman web Mudah.my secara percuma.

3. Google My Business / Google Map

Anda mungkin pernah mencari kedai atau premis lain dengan enjin carian Google dan anda mungkin pernah melihat hasil carian seperti gambar di bawah.


Dengan menggunakan perkhidmatan percuma Google My Business dan Google Map, anda juga boleh jadikan homestay anda muncul dalam enjin carian.

3. Facebook 

Secara umumnya, rakyat Malaysia antara pengguna laman web Facebook yang paling aktif di dunia. Dan ada yang menjadikan Facebook sebagai sumber carian maklumat utama untuk mencari sesuatu termasuklah untuk mencari homestay.

Anda perlu sediakan satu page khas untuk bisnes homestay anda untuk membolehkan pengunjung memberikan rating untuk homestay anda. Ini adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pengunjung yang akan datang untuk menyewa di homestay anda. 

Jika anda mempunyai bajet, anda juga boleh mengiklankan bisnes homestay anda melalui Facebook Ads. Tetapi pastikan anda tahu untuk menggunakan Facebook Ads kerana jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian.

4. Google Adwords

Google Adwords adalah platform untuk mengiklan di Google. Anda mungkin pernah nampak hasil carian seperti ini:


Spesifically untuk yang berada dalam kotak merah adalah iklan yang dibuat menggunakan Google Adwords. Anda boleh iklankan homestay anda di Google Adword tetapi anda perlukan modal untuk buat iklan tersebut. Jika anda pengguna Google Adword yang baru, anda akan diberikan kredit RM150 selepas penggunaan RM50 di Google Adword.


Jika anda nak buat duit dengan homestay, ini adalah perkara yang perlu anda ambil tahu dan akan alami untuk memastikan anda berjaya dalam bisnes homestay.



✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E4dfZl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.