Uma Thurman Pula Dedah Diri Mangsa Seksual Weinstein
New York Times (Times) melaporkan semalam, Thurman tampil selepas sekian lama mendiamkan diri apabila Oktober lalu berkata akan mendedahkan mengenai satu perbuatan tidak betul ketika bekerja kerana enggan bercakap dalam keadaan marah.
Thurman menjadi selebriti terbaharu selepas 70 wanita menuduh Weinstein, 65, melakukan salah laku seksual termasuk rogol.
Peguam Weinstein, Ben Brafman berkata semalam, penerbit itu sudah memohon maaf kepada Thurman kerana perbuatan tidak senonohnya 25 tahun lalu, dan dakwaan bahawa dia diserang secara seksual adalah tidak benar.
Dalam artikel Times, Thurman 47, berkata Weinstein menolaknya hingga jatuh dan cuba melakukan perbuatan tidak senonoh ketika bertemunya di Hotel Savoy di London.
Brafman berkata, kenyataan Thurman kepada Times akan dikaji dengan teliti dan disiasat sebelum memutuskan sama ada sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya."
Selain membintangi 'Pulp Fiction' oleh pengarah Quentin Tarantino, Thurman turut menjadi pelakon utama filem aksi 'Kill Bill' yang dihasilkan oleh studio Miramix Weinstein dengan kutipan pecah panggung mencecah lebih AS$330 juta (RM1.2 bilion).
Sumber Uma Thurman Pula Dedah Diri Mangsa Seksual Weinstein
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GQQslw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment