Hi! Welcome Back and Stay Tune! Timbalan pengurus besar GLC ditahan, 15 akaun bank dibeku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Timbalan pengurus besar GLC ditahan, 15 akaun bank dibeku

Maklumat awal diperoleh pasukan penyiasat mendapati bayaran mencurigakan lebih RM2.4 juta dimasukkan ke akaun bank milik timbalan pengurus besar syarikat dan isterinya daripada 8 syarikat kontraktor melalui 4 proksi.

macc-arrest-1 (1)KUALA LUMPUR: Seorang timbalan pengurus besar sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa melibatkan transaksi mencurigakan lebih RM2.4 juta.

Menurut sumber SPRM, timbalan pengurus besar berusia 44 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor, kira-kira 3 petang tadi.

Turut ditahan seorang pengarah projek GLC berusia 55 tahun dan pembantu peribadi kepada timbalan pengurus besar berkenaan yang berusia 34 tahun di lokasi sama.

Sumber SPRM berkata, mereka ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor bagi melayakkan diri menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan bagi kerja penyelenggaraan landskap daripada GLC berkenaan.

“Hasil siasatan SPRM mendapati timbalan pengurus besar dan pengarah projek itu secara langsung akan memastikan kontrak landskap di bawah seliaan mereka dianugerahkan kepada 8 syarikat melalui 3 peringkat, iaitu ‘E-Bidding’, ‘One-off Contract’ dan ‘Maintenance’ kira-kira RM44 juta,” katanya kepada Bernama.

Menurut sumber itu, timbalan pengurus besar akan mengarahkan eksekutif GLC memberi markah 80% kepada syarikat kontraktor bertanggungjawab atas kerja penyelenggaraan landskap supaya mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan yang dikemukakan.

Sementara pengarah projek yang mempunyai bidang kuasa melantik kontraktor, pembekal dan jururunding selain meluluskan pembayaran, juga akan meluluskan tuntutan dikemukakan kontraktor berkenaan supaya mereka menerima bayaran penuh seperti dinyatakan dalam kontrak.

“Menerusi maklumat awal diperoleh pasukan penyiasat, didapati terdapat bayaran mencurigakan melebihi RM2.4 juta dimasukkan ke akaun bank milik timbalan pengurus besar syarikat dan isterinya daripada 8 syarikat kontraktor berkenaan melalui 4 proksi.

“Selain itu, 4 individu lain yang merupakan proksi bagi pembayaran transaksi akaun timbalan pengurus besar berkenaan, turut ditahan pada 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi di Ibu Pejabat SPRM di Shah Alam, Klang dan Melaka bagi membantu siasatan kes itu antara 2013 dan 2017.”

Sumber itu berkata, pasukan penyiasat SPRM turut menyita 15 akaun milik timbalan pengurus besar tersebut dan syarikat kontraktor bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan semua tangkapan itu dan berkata, pasukan penyiasat pergi ke beberapa lokasi termasuk syarikat kontraktor untuk mengambil dokumen berhubung siasatan kes tersebut.

“Kami akan meneliti semua dokumen yang dirampas untuk mengenal pasti sama ada wujudnya elemen rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Azam berkata, semua suspek terbabit dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Timbalan pengurus besar GLC ditahan, 15 akaun bank dibeku

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GR0KCf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.