Hi! Welcome Back and Stay Tune! Geng Abang Fahmi tumpas, 21 kes polis selesai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Geng Abang Fahmi tumpas, 21 kes polis selesai

Ketua Polis KL Datuk Seri Mazlan Lazim menunjukkan gambar suspek melalui rakaman kamera litar tertutup dalam satu sidang media hari ini. — Foto BernamaKetua Polis KL Datuk Seri Mazlan Lazim menunjukkan gambar suspek melalui rakaman kamera litar tertutup dalam satu sidang media hari ini. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 5 Feb — Tindakan pantas polis Kuala Lumpur yang menyelesaikan kes samun bersenjata dalam tempoh kurang sejam berjaya menahan empat lelaki daripada kumpulan ‘Abang Fahmi’ yang cuba memajak gadai barangan kes samun di Chow Kit, pada 26 Januari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ketika itu, pihaknya sedang membuat pemantauan di sekitar Chow Kit dan melihat dua motosikal dinaiki empat suspek yang mencurigakan menghampiri sebuah kedai pajak gadai.

Beliau berkata polis yang melihat kejadian itu, segera menahan kesemua suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 29 tahun itu.

“Hasil soal siasat kesemua suspek telah mengaku terlibat samun rantai emas di sebuah kedai emas di Kepong dan turut menyamun seutas rantai leher bernilai RM6,000 miilik seorang lelaki.

“Susulan penahanan suspek itu, polis juga merampas pelbagai barangan kes termasuk dua motosikal, seutas rantai leher, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, sebilah pedang samurai dan pisau lipat serta empat topi keledar yang digunakan kesemua suspek.

“Dengan penahanan mereka ini juga polis berjaya menyelesaikan 21 kes di sekitar Lembah Klang yang dilakukan kumpulan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Kesemua suspek direman pada 26 Januari lepas sehingga esok manakala kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya. — Bernama



Sumber Geng Abang Fahmi tumpas, 21 kes polis selesai

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdavqX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.