Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokongan Samy Vellu Terhadap BN Tidak Pernah Berubah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokongan Samy Vellu Terhadap BN Tidak Pernah Berubah




Sokongan saya kepada Barisan Nasional (BN) tak berubah, kata bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.

Menurutnya, kesetian beliau terhadap Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Razak juga tidak berubah.

“Tetapi kini, sokongan saya hanya berpihak kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib. Saya sentiasa sokong pentadbiran sekarang,” katanya selepas menghadiri sambutan Thaipusam yang ke-128 di kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves hari ini (semalam).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir pada majlis sambutan yang sama.

Samy yang kini Duta Khas ke India dan Asia Selatan berkata, kesetiaan dan sokongan beliau hanya akan ‘berpihak’ kepada kepimpinan kerajaan sekarang.

Sementara itu, ditanya mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad, Samy enggan mengulas lanjut mengenai bekas bosnya itu.

“Tidak ada komen. Jangan tanya saya tentang Mahathir kerana sokongan saya tetap pada pemerintah ketika ini. Saya tidak mahu dan tidak memberi sebarang komen tentang beliau.

“Pada saya, saya pernah bekerja dengan beliau selama 21 tahun. Kami bersama-sama telah bekerja dalam semua aspek, saya telah banyak bertemu beliau untuk mendapatkan nasihat kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Itu sahaja yang saya mahu katakan tetapi saya tidak akan beri apa-apa komen lebih dari itu. Tanya saya tentang pentadbiran kerajaan kini, saya sedia jawab,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Samy tidak melakukan apa-apa sumbangan sehingga menyebabkan masyarakat India di negara ini mundur namun pada tahun 2012, Samy tampil memberi kenyataan kekalahan besar beliau di kerusi Parlimen Sungai Siput berpunca daripada Mahathir.-theRakyat



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BEJP6J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.