Hi! Welcome Back and Stay Tune! NADMA Tumpu Bantu Sarawak Hadapi Banjir - Shahidan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NADMA Tumpu Bantu Sarawak Hadapi Banjir - Shahidan


KOTA SAMARAHAN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan lebih banyak bantuan anggota dan logistik mengikut permintaan negeri dalam mengurus bencana banjir di Sarawak dalam tempoh dua bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata agensi itu bersiap siaga khusus untuk Sarawak dalam menghadapi sebarang kemungkinan di negeri itu.

"Setakat ini keperluan logistik seperti kenderaan, bot dan kemudahan lain untuk pusat pemindahan sementara (PPS) adalah mencukupi," katanya pada sidang media selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan Mang, Kampung Mang, di sini pada Isnin.

"Kita telah menghantar 2,000 khemah tertutup dan tambahan 2,000 khemah lagi yang diminta oleh kerajaan negeri akan dihantar selewatnya minggu depan," katanya.

Katanya, beliau semua agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir telah bertugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan agihan bantuan serta urusan berkaitan berjalan lancar.

"Saya berpuas hati dengan pengurusan PPS yang boleh diberi penarafan lima bintang," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Mohd Yusuf Wazir dan Anggota Parlimen Samarahan, Rubiah Wang.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), melaporkan sejumlah 2,613 penduduk daripada 697 keluarga ditempatkan di 18 PPS setakat 10.30 malam tadi. -- Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BJIifm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.