Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Yang Sedang Hadapi Masalah Kewangan Selepas Kematian Bapanya Menangis Apabila 'Duit Jatuh Ke Riba' Ketika Terbangun Dari Tidur Dalam Kereta Api.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Yang Sedang Hadapi Masalah Kewangan Selepas Kematian Bapanya Menangis Apabila 'Duit Jatuh Ke Riba' Ketika Terbangun Dari Tidur Dalam Kereta Api..



SEORANG wanita berterima kasih kepada insan yang tak dikenali selepas meninggalkan wang £100 (RM553) di atas ribanya.

Ella Johannessen berkata, insan itu mungkin terdengar perbualannya dengan ibunya yang membincangkan tentang masalah kewangan ketika menaiki kereta api dari Peterborough ke Leeds.


Dalam perbualannya itu, dia telah meluah rasa 'tertekan dan kecewa', sebelum meletakkan telefon dan tidur.

Dia menulis di Facebook bahawa dia cuba berfikir apa yang telah berlaku kepada wang £35 (RM193) yang telah dipindahkan ke akaun banknya.





"Saya bercakap dengan ibu tentang betapa sedikitnya wang saya, betapa saya risau tentang duit dan saya marah.

"Saya terbangun kira-kira setengah jam kemudian dan melihat kertas tisu di pangkuan saya," tulisnya.




"Di bawahnya adalah wang £100. Saya mula menangis kerana sangat bersyukur dengan kebaikan anda, orang yang saya tak pernah kenal.

"Selepas 18 bulan melalui situasi dahsyat di mana saya kehilangan bapa dan kedua orang tuanya, saya telah ditunjukkan bahawa masih ada kebaikan di dunia ini."


Johannessen mengucapkan terima kasih kepada orang asing itu dan tekad untuk meneruskan kebaikan yang telah ditunjukkannya.


"Saya harap anda akan melihatnya," katanya.

Postingnya telah dikongsi hampir 22,000 kali, tetapi Johannessen berkata dia masih tidak bertemu orang asing yang meninggalkannya wang itu. -TheIndependence



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E2Sq4q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.