Suspek Rasuah Jabatan Kereta Api Sabah Dibebaskan Dengan Jaminan
Mahkamah Majistret membebaskan seorang suspek berkaitan kes salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini hari ini.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan suspek berusia 60 tahun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50, 000 bersama dua penjamin rakyat tempatan. Kontraktor itu juga diarahkan mahkamah untuk melaporkan diri ke pejabat SPRM di sini pada setiap bulan.
Suspek diberkas pada 27 Januari lalu ditahan reman sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan rasuah melibatkan projek penyelenggaraan JKNS antara tahun 2012 hingga 2017. Dalam tangkapan itu, SPRM turut menyita sejumlah wang tunai sebanyak RM1.6 juta di kediaman suspek.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin manakala suspek diwakili peguam Batholomew Jinggulam. Prosiding dilakukan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di sini. Sehingga kini SPRM telah memberkas seramai tujuh suspek dengan lima daripadanya telah bebas dan dua masih direman.
Tangkapan melibatkan ketua jurutera merangkap Pemangku Timbalan Pengarah JKNS; empat jurutera JKNS; seorang pengarah syarikat dan seorang kontraktor. Kesemua suspek berusia antara 38 hingga 60 tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GTTjKm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment