Kopi bercampur dadah belum sampai negeri lain
KLANG, 5 Feb — Polis percaya kopi pracampuran berperisa durian didakwa dicampur dengan dadah yang menyebabkan lima individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang akibat mengalami gejala letih yang teruk belum tersebar ke negeri lain.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata setakat ini polis tidak menerima kes seumpama di negeri selain Pulau Pinang dan percaya sindiket yang mencampurkan dadah ke dalam kopi pracampuran itu tidak sempat memasarkannya.
“Melalui siasatan awal polis, kopi dicampur dadah ini dipercayai untuk dijual di pusat hiburan, sama seperti kes-kes minuman yang dicampur dadah yang lain, bagaimanapun atas sebab yang tidak diketahui kopi ini telah dibuang ke kawasan pembuangan sampah di Taman Ria, Air Itam Pulau Pinang sebelum ditemui oleh orang awam.
“Mungkin orang awam yang melihat kopi itu adalah ‘brand’ mahal, kopi itu telah diambil dan dibawa pulang sebelum diberikan kepada rakan-rakan yang lain tanpa diketahui isi kandungannya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli.
Kang berkata polis kini giat mengesan individu atau sindiket terlibat yang cuba mengedarkan peket kopi segera berperisa durian tersebut di Pulau Pinang.
Jumaat lepas, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar dilaporkan berkata berdasarkan ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang terdapat kandungan dadah namun belum dapat dipastikan jenisnya.
Katanya hasil analisis sampel peket kopi yang diberikan seorang wanita tidak dikenali kepada dua pengawal keselamatan itu juga menunjukkan bahawa peket tersebut telah dibuka dan dilekatkan semula kerana bahagian bawah peket menunjukkan kesan koyak selain tambahan lebih 10 gram (g) daripada berat asal iaitu 40g kepada 50g.
Seramai lima individu termasuk dua wanita mendapatkan rawatan di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak Ahad hingga Selasa.
Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan dijalankan beberapa ujian. Tiga daripada mereka dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik. — Bernama
Sumber Kopi bercampur dadah belum sampai negeri lain
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GThWa4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment