Hi! Welcome Back and Stay Tune! PENGKAJI PERAKAUNAN FORENSIK TINGGALKAN UMNO KERANA ISU 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PENGKAJI PERAKAUNAN FORENSIK TINGGALKAN UMNO KERANA ISU 1MDB

PEGUAM Umno terkemuka Shafee Abdullah tidak memberi respons kepada Sarawak Report yang mendedahkan beliau menerima RM9.5 juta yang mempunyai kaitan dengan firma pelaburan negara bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Sarawak Report mendakwa memperoleh dokumen yang menunjukkan Shafee menerima sejumlah wang dalam dua transaksi daripada akaun AmBank yang sebelum ini dikenal pasti sebagai milik Najib.

Shafee, yang sering mewakili kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik di sini, tidak membalas panggilan telefon atau pesanan yang ditinggalkan di telefon beliau oleh The Malaysian Insight.

Dilaporkan sebelum ini, dana dalam akaun Najib adalah daripada anak syarikat 1MDB, SRC International yang membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) .

Pemindahan pertama dari akaun Najib kepada Shafee berjumlah RM4.3 juta dan dilakukan pada 11 September 2013. Transaksi kedua dilakukan pada 17 Februari 2014 dan berjumlah RM5.2 juta, tulis laman web pemberi maklumat itu pada Rabu.

Laman ini juga menunjukkan “screenshot” dokumen yang menunjukkan nama peguam tersebut, nombor akaun bank dan dua pemindahan.

“Pembayaran ini datang pada saat yang amat sensitif yang berkaitan dengan peguam dan Najib serta mencetuskan soalan serta-merta tentang mengapa perdana menteri membayar peguam berkenaan dengan sejumlah wang tidak sah yang sangat besar?” tulis Sarawak Report.

“Selain sumbernya yang menyalahi undang-undang terdapat juga potensi konflik amat nyata yang menarik.”

Ia mencetuskan siasatan bagi pengubahan wang haram dan penipuan di Amerika Syarikat, UK, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Luxembourg.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil mendakwa AS$1 bilion yang didakwa dicuri daripada 1MDB dan digunakan untuk membeli hartanah mewah, hotel dan karya seni di negara itu.

Siasatan juga dimulakan terhadap wang disalurkan daripada SRC International dan masuk ke dalam akaun AmBank Najib.

Dilaporkan RM42 juta yang didakwa dicuri daripada SRC International masuk ke akaun Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015 melalui anak-anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan syarikat berasingan, Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Ihsan Perdana adalah sebuah syarikat swasta yang ditubuhkan untuk mengendalikan “tanggungjawab sosial korporat” sumbangan 1MDB.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan Tony Pua juga mendakwa RM67 juta dana SRC International dipindahkan secara haram kepada Najib.

Najib menafikan salah laku manakala Peguam Negara Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada dakwaan itu.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GSfy3p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.