Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Ratu Naga" Kebalai Polis Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Ratu Naga" Kebalai Polis Lagi



Ratu naga atau Syarul Ema Rena Abu Samah, 38, menafikan pembabitannya dalam video berkaitan pengundi Bangladesh yang tular di media sosial sejak 20 Januari lalu. Berikutan dakwaan itu, dia dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan semalam. 

Syarul Ema berkata, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke rumahnya malam kelmarin, namun dia bersama dua peguamnya berada di luar ketika itu. “Saya berada di luar bersama dua peguam bagi membincangkan kes terdahulu.

“Kemudian (saya) terima satu panggilan daripada SKMM yang mahu berjumpa saya tanpa mengetahui tujuan perjumpaan berkenaan,” katanya.

Syarul Ema berkata, pihak SKMM meminta kerjasamanya untuk hadir di IPD Petaling Jaya semalam. “Pada jam 10.30 pagi saya disoal siasat susulan penyebaran video berhubung isu pengundi Bangladesh yang pernah tular dahulu.

“Video berkenaan tular di Facebook melalui akaun yang menggunakan nama dan gambar saya. Kini saya perlu menunggu panggilan daripada SKMM bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Hasil soal siasat terbabit, Syarul Ema diminta menyerahkan telefon pintar dan kad sim bagi siasatan lanjut. Terdahulu, wanita itu dikatakan menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ dengan memuat naik satu video palsu berhubung warga asing diberi kad pengenalan yang menjadi viral sejak beberapa tahun lalu tetapi disebarkan semula di media sosial.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgiWSK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.