Jual gelaran ‘Datuk’ RM400,000, wanita ditahan polis
KUANTAN, 5 Feb — Seorang wanita ditahan kerana terlibat dengan sindiket menjual gelaran darjah kebesaran Pahang yang tidak wujud.
Suspek mengiklan pembelian “darjah kebesaran” sejak tiga minggu lalu dan dijadual bertemu pembeli 23 Februari ini, lapor Berita Harian.
Diupah seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang, wanita itu menjual gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” pada harga RM180,000 hingga RM400,000.
“Suspek menggunakan Facebook bagi mengiklankan tawaran berkenaan sebelum dia ditahan,” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang.
Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek, 39 tahun, ditahan jam 6 petang di sebuah restoran di Chow Kit di sini, Jumaat lalu dan direman empat hari sehingga esok.
Polis masih memburu lelaki, usia 40-an, yang mengupah suspek. Kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber Jual gelaran ‘Datuk’ RM400,000, wanita ditahan polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seOhVP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment