Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAS AMFIBIA TERENGGANU KENA KETAWA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAS AMFIBIA TERENGGANU KENA KETAWA

Kerosakan bas amfibia atau Amphicoach ketika sedang dipandu uji di Sungai Terengganu menjadi bahan jenaka sekumpulan lelaki yang ketika itu sedang memancing di sungai berkenaan.

Dalam video yang dirakam dan menjadi tular itu, seorang lelaki dilihat mentertawakan bas berkenaan yang ketika itu terkandas dan sedang diselamatkan di Sungai Terengganu di Losong, Kuala Terengganu itu.

Sambil ketawa, lelaki itu kemudian mempertikaikan harga bas berkenaan yang bernilai RM3 juta.

“Bas RM3 juta, bawa turun dua kali, (sudah) jammedPaghok (teruk),” kata lelaki itu yang dipercayai berada di atas sebuah bot.

Video tersebut turut dikongsi anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor dan mendapat lebih 6,000 tontonan serta 71 perkongsian.

Lelaki yang merakamkan video itu kemudian meminta pandangan rakannya yang turut berada di atas bot sama berhubung situasi bas berkenaan.

“Saya rasa tidak berbaloi dengan nilai harga RM3 juta.

“Lebih baik perahu (bot) kita yang berharga RM300, boleh sampai ke laut, sungai Terengganu. Inilah kehebatan dia (bot), Terengganu molek doh (bagus dah),” kata rakannya sambil mereka ketawa melihat keadaan bas Amphicoach berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan dakwaan mengenai basberkenaan rosak selepas video yang memaparkan bas itu sedang dipandu uji viral di media sosial kelmarin.

Ahmad Razif sebaliknya berkata bas itu mengalami “kerosakan kecil” selepas beliau melakukan sendiri pandu uji ke atas bas berkenaan selama lebih 20 minit di Sungai Terengganu, pada Isnin.

“Saya sendiri yang minta dibuat simulasi untuk menguji bas itu jika berada dalam keadaan kritikal… dan semasa saya bawa bas itu hos penghembus pancutan airnya tercabut…

“Ssaya juga minta hos itu tidak dipasang semula dan dalam 10 minit dalam keadaan kritikal itu pasukan penyelamat berjaya mengawal keadaan.

“Mungkin ia terjadi sebab saya tiada pengalaman bawa bas sebelum ini jadi kita kena pastikan bas ini dipandu oleh orang yang betul-betul mahir,” kata Ahmad Razif.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FBQb91

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.