Hi! Welcome Back and Stay Tune! KENAPA DR MAHATHIR SALAHKAN POLIS KES PECAT ANWAR, SOAL BEKAS KPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KENAPA DR MAHATHIR SALAHKAN POLIS KES PECAT ANWAR, SOAL BEKAS KPN

BEKAS ketua polis negara Abdul Rahim Noor berkata beliau hairan dengan dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa pasukan itu mendorong agar Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Kabinet dalam peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu.

Rahim berkata beliau tidak mengetahui motif bekas perdana menteri itu dalam menimbulkan dakwaan berkenaan kerana polis tiada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana menteri, lapor Utusan Malaysia.

“Saya tidak tahu kenapa dia berkata begitu dan saya tidak dapat selami pemikirannya. Polis tiada kuasa dari segi undang-undang untuk melakukan pemecatan kepada sesiapa pun

”Pelantikan dan pemecatan seorang timbalan perdana menteri bukan seperti memetik buah kelapa, semuanya dicadangkan perdana menteri,” katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan.

Jelasnya, pelantikan dan pelucutan jawatan tersebut hanya boleh dilakukan melalui cadangan perdana menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar dipecat dari jawatan Kabinet pada 2 September, 1999 dan seterusnya ditahan dan dipenjarakan pada 20 September.

Ketika dibawa ke mahkamah untuk didakwa, mata Anwar didapati lebam dan rentetan peristiwa selanjutnya menunjukkan beliau dipukul oleh Rahim.

Susulan itu, Rahim dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan didenda RM2,000 kerana memukul Anwar apabila Mahkamah Rayuan mengekal hukuman pada April 2001.

Abdul Rahim menjawab satu kenyataan Dr Mahathir yang mengakui membuat kesilapan dengan memecat Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Dr Mahathir dalam satu wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily berkata, beliau tiada pilihan selain memecat Anwar apabila polis mengemukakan segala bukti kepadanya.

Beliau turut menyalahkan polis kerana tidak membenarkan Anwar dibicarakan dan tidak mendedahkan kepadanya mengenai kekerasan polis kepada menteri tersebut semasa dalam tahanan.

Katanya, beliau “tidak sepatutnya mengikut undang-undang sepenuhnya” dalam membuat keputusan itu.

“Dari sudut pandang politik, saya tidak harus melakukannya (memecat Anwar). Ketika saya menjadi perdana menteri, saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak melakukan apa-apa yang akan buat orang benci saya,” katanya seperti dipetikakhbar tersebut.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FKqBuw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.