Paras Hutang Negara Tidak Kritikal, Paras Air Terawat Di Selangor Lebih Kritikal
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali semalam melompat bagai kera kena belacan di parlimen apabila kena sindir mengenai krisis air dengan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam kejadian di Dewan Rakyat semalam, Azmin meminta penjelasan Najib, tentang kesan isu 1MDB ke atas paras hutang negara yang didakwa Azmin ialah RM42 billion. Najib yang bangun menjawab, terus menyindir Azmin dengan menyatakan bahawa krisis air di Selangor adalah lebih kritikal dari cerita paras hutang negara.
Paras hutang negara tidak kritikal seperti yang didakwa Azmin. Paras air terawat di Selangor lebih kritikal. Hutang RM14 billion yang diberi oleh kerajaan BN pusat kepada Azmin untuk selesaikan masalah air, bila Azmin hendak bayar?
Sedap sangat tanya bab hutang negara, hutang kerajaan Selangor kepada kerajaan BN pusat buat buat tidak sedar pula.
Azmin kena sedar diri kerana berbanding mana-mana negeri lain, margin lebihan simpanan air di Selangor adalah pada tahap 0 peratus.
Negeri Melaka, ada 20.1 peratus, Negeri Sembilan ada 22.1 peratus dan Johor ada 16.4 peratus margin lebihan air.
Kalau itu Azmin tidak rasa malu, kejadian gangguan bekalan air di Selangor sahaja ada 80,125 kes gangguan bekalan air pada 2016.
Di Selangor, aduan berkenaan gangguan bekalan air pula ialah 259,537 untuk tahun yang sama. Selangor adalah juara masalah air di Malaysia. Baca pautan ini :
https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1796758467011289
Dalam satu wawancara di Utusan Malaysia, pada hari Ahad lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata keupayaan membekalkan air bersih yang telah dirawat dalam loji rawatan air di Selangor adalah sangat kritikal.
Margin 0 peratus bermaksud semua air yang dirawat dan diagihkan telah digunakan sepenuhnya tanpa ada lebihan yang mencukupi untuk disimpan dalam tangki besar bagi sebarang kemungkinan berlakunya kerosakan loji, paip pecah, atau musim kemarau. Masalah ini terjadi kerana Azmin melambat lambatkan pengsturkturan semula syarikat air di Selangor. Duit sudah dapat, kena lambat lambatkan?
22 November 2017, Puncak Niaga sendiri telah mengambil tindakan saman terhadap Azmin Ali kerana mungkir janji dalam soal pengambilalihan industri air di Selangor. Puncak Niaga saman Azmin Ali sejumlah RM14 billion.
Hutang negara pula pada paras yang amat selamat dan tidak kritikal, tidak seperti masalah air di Selangor. Datuk Seri Najib menegaskan bahawa kadar hutang negara masih terurus dan tidak melebihi paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Tahap hutang negara kini berada pada paras 50.8 peratus daripada KDNK.
"Ini bermakna kedudukan hutang kita masih terurus dan Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara maju, di mana hutang kerajaannya berbanding KDNK jauh lebih tinggi sehingga ada yang melebihi 200 peratus,” kata Najib pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Berdasarkan fakta di atas ini kita dapat tahu bahawa paras air terawat di Selangor adalah pada angka 0 berbanding paras hutang negara yang masih pada kadar tidak melebihi 55 peratus KDNK. Jadi benarlah apa yang Datuk Seri Najib jawab semalam di parlimen.
Peliknya, kenapa Azmin menggelabah sangat dengan jawapan yang diberikan itu dan cuba menghalang jawapan seterusnya daripada Datuk Seri Najib? Azmin takut kerana apa yang Datuk Seri Najib sebut itu adalah realiti yang berlaku.
Apa yang Azmin sebut pasal hutang RM42 billion itu, Mahathir pun sudah tidak sebut lagi. Malah ketika diasak oleh Ahli Parlimen Baling dan Ahli Parlimen Pendang, tiada seorang pun ahli parlimen pembangkang bangun mempertahankan Azmin.
Tidak balut tengkuk rasanya semalam, sebab itu melompat macam kera kena belacan. Di media sosial, rakyat Selangor sudah menilai siapa yang tenang dan tersenyum menjawab dan siapa yang emosi bila sesuatu itu kena atas batang tengkuknya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB817, Selasa
13 Mac 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKVuha
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment