Perancis Akan Menyaman Apple Dan Google Kerana Terma Perniagaan Yang Tidak Adil Kepada Pembangun Aplikasi
Telefon pintar di tangan tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa aplikasi. Jutaan aplikasi boleh dimuat turun menerusi App Store pada peranti iOS dan Play Store pada peranti Android. Dua pasaran aplikasi ini adalah paling besar di dunia dan pada tahun 2017 99.9% telefon pintar yang terjual menggunakan sistem operasi Android dan iOS . Kerana monopoli ini Apple dan Google dituduh mengamalkan sistem “perdagangan yang menyeksa pembangun aplikasi” dari Perancis.
Oleh itu negara Perancis akan menyaman Apple dan Google sebanyak €2 juta (~RM 9,7 juta) bagi memastikan hak pembangun aplikasi dari negara mereka terbela. Kedua-dua gergasi ini menetapkan komisen dari setiap jualan aplikasi yang tidak boleh dibawa berbincang. Terma dan syarat ke atas pembangun aplikasi juga ketat dan mereka terpaksa bersetuju dengannya. Apple dan Google juga boleh mengubah terma dan syarat sesuka hati.
Pada waktu yang sama sama Kesatuan Eropah turut akan mengubah sistem percukaian yang ketika ini membolehkan gergasi teknologi seperti Apple, Google dan Facebook membayar pada kadar yang rendah. Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama seperti yang diumumkan oleh TPM dua hari yang lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tNfGPv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment