Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia Bergerak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia Bergerak




Selepas kandungan mencecah usia 15 minggu, dia akan mula menggerakkan badan dan anggota tubuh badan yang lain. Kebanyakan ibu tidak dapat merasakan pergerakan bayi pada peringkat ini.

Sekitar minggu ke-16 hingga ke-25, anda mungkin boleh mula merasakan sedikit pergerakan di dalam perut. Apabila ada tendangan bayi dalam rahim ini memberikan keyakinan bahawa anak anda aktif dan sihat.

Jumlah pergerakan bayi dalam kandungan tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga berbeza sepanjang kehamilan.

Pergerakan bayi biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakan yang stabil. Tendangan ini sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.

Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, anda perlu memantau pergerakan bayi agar dapat memastikan dia selamat dan masih mampu meneruskan kehamilan sehingga tiba masa untuk dikeluarkan.

Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan bayi menendang dalam kandungan.



1. Baring
Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira dua jam.

Anda sepatutnya dapat merasakan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.




2. Makan atau minum
Minum segelas jus oren untuk mengejutkan bayi. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Keduanya akan merangsang metabolisme bayi dan menggalakkan pergerakan dan menjafikan dia kerap menendang.




3. Guna irama muzik
Dengan cara ini, anda boleh menggalakkan kekerapan bayi menendang. Lagu pilihan jangan terlalu rancak atau dipasang dengan kuat.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FSUvQB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.