Hi! Welcome Back and Stay Tune! MANA PENYATA KEWANGAN 1MDB SEJAK 2014, SOAL TONY PUA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MANA PENYATA KEWANGAN 1MDB SEJAK 2014, SOAL TONY PUA

AHLI Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendesak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengeluarkan penyata kewangan syarikat yang tidak didedahkan sejak 2014.

Selepas itu, barulah kenyataan dana pelaburan negara itu yang mendakwa “mereka tidak hilang wang dan semua wang masih ada bersama mereka” boleh dipercayai.

Tony mengulas kenyataan dikeluarkan 1MDB menafikan wang sebanyak RM430 juta dirampas pihak berkuasa Switzerland bukanlah milik dana pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Najib Razak itu.

“Jika wang 1MDB semuanya masih dalam jagaan, mengapa 1MDB tidak pernah mendedahkan sepenuhnya kewangan syarikat sejak 2014?

“Malah, 1MDB tidak pernah keluarkan akaun audit yang sah sejak Mac 2012 selepas Deloitte Malaysia menarik balik sokongan mereka untuk penyata kewangan 1MDB pada Mac 2013 dan 2014,” kata Tony dalam satu kenyataan hari ini.

Dana pelaburan Malaysia terpalit skandal kewangan yang mencetuskan siasatan di seluruh dunia itu semalam mengatakan, CHF104 juta (RM430 juta) yang kini dipegang Perbendaharaan Persekutuan Switzerland bukan milik 1MDB sebaliknya adalah denda yang dikenakan ke atas bank yang melanggar undang-undang kewangan negara itu.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FBtbY2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.