Hi! Welcome Back and Stay Tune! ''Bila Tak Cukup Tidur, Isteri Akan GEMUK Dan Cepat TUA!'' 5 Pesanan Doktor Kepada Semua Suami Supaya Tidak Biarkan Isteri Tidur Lambat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

''Bila Tak Cukup Tidur, Isteri Akan GEMUK Dan Cepat TUA!'' 5 Pesanan Doktor Kepada Semua Suami Supaya Tidak Biarkan Isteri Tidur Lambat..


Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif wajar dijadikan panduan oleh setiap pasangan di luar sana. Lima sebab kenapa tidak boleh membiarkan isteri anda tidur lambat atau tidak cukup tidur, salah satunya adalah bakal menyebabkan stress, depresi dan mengalami mood disorder. 

Kalau isteri anda selalu marah-marah, check balik kualiti tidurnya. Kata sayangkan isteri, kalau dah ada anak tu, bergilirlah jaga, jangan harapkan isteri seorang. Jom kita ikuti perkongsian Doktor Taufiq seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat.


Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur

Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.

Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :

1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.

2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!


3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.

4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.


5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
  • serangan jantung
  • risiko nak kena darah tinggi meningkat
  • risiko nak kena kencing manis meningkat
  • sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan. Tolong sampaikan pesanan ni ye.


Kredit: Doktor Taufiq Razif


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ItUtNB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.