Hi! Welcome Back and Stay Tune! HUBUNGAN UMNO-MCA BAIK, KATA ZAHID - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HUBUNGAN UMNO-MCA BAIK, KATA ZAHID

HUBUNGAN antara Umno dan MCA tidak renggang, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau sebelum ini menyelar parti sekutu dalam Barisan Nasional itu kerana tidak menghadiri sebuah majlis awal minggu ini.

“Tiada isu. Yang renggangkan (adalah) media,” katanya pada sidang media selepas sebuah majlis di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

“Semuanya baik-baik antara Umno dan MCA.”

Pada sebuah majlis di Negeri Sembilan Selasa lalu, Zahid yang juga merupakan timbalan pengerusi BN menyelar pemimpin MCA kerana tidak menghadiri majlis akar umbi mengatakan MCA perlu “tunjukkan hormat”.

“Tolong tunjuk muka di sini (Parlimen Rembau) walaupun kita beri kerusi bertanding di tempat lain. Bantu calon kita, kerusi hendak tetapi program tidak hadir.

“Anda perlu tunjukkan hormat kepada kerusi ditandingi, jangan beri alasan sibuk. Saya mahu rekod cemerlang (Negeri Sembilan) diperoleh (PRU14),” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Semalam, Presiden MCA Liow Tiong Lai menyifatkan “kesilapan komunikasi” menyebabkan pemimpin parti itu tidak hadir di majlis BN.

Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA, Ng Kian Nam pula berkata parti Cina itu tidak pernah dijemput dan diberitahu mengenai majlis di Rembau dan ketidakhadiran mereka tidak disengajakan.

Beliau juga sudah mengarahkan MCA Negeri Sembilan menghantar laporan mengenai perkara tersebut.

Hari ini, Zahid mendakwa Liow dan Timbalan Presiden Dr Wee Ka Siong sudah menerima kenyataan dikeluarkannya dengan hati terbuka dan bertindak menangani isu itu.

Katanya, beliau bertemu kedua-dua pemimpin itu semalam selepas mesyuarat Kabinet.

“Dah tentu Liow tak gembira dengan apa yang saya kata. Tetapi ada kesilapan kalau dia tak bertindak.

“Dia terima dan beritahu pemimpin negeri supaya jadi lebih proaktif.

“Jadi hari ini (di majlis itu), saya lihat ramai pemimpin MCA negeri dan bahagian hadir. Tahniah,” katanya.

Zahid mengatakan pada masa dahulu, kehadiran MCA di majlis BN tidak menggalakkan.

“Tetapi selepas kenyataan saya, saya nampak perubahan. Jika komitmen ditunjukkan, tak perlu cakap apa-apa lagi.

“Hari ini, (di Pulau Pinang) saya nampak komitmen itu,” katanya

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pcfDYx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.