Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beri Markah Penilaian Rendah Juga Adalah Salah Satu Bentuk Penderaan - CUEPACS. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beri Markah Penilaian Rendah Juga Adalah Salah Satu Bentuk Penderaan - CUEPACS.


SHAH ALAM: Bukan hanya majikan, malah pegawai penilai yang memberi markah rendah tanpa alasan munasabah disarankan supaya dikenakan tindakan oleh kerajaan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, tindakan itu boleh memberikan tekanan kepada pekerja bawahan.

“Kami pernah bertemu dengan mereka yang diberikan markah penilaian prestasi rendah dan mereka adukan tentang perkara ini. Pihak atasan letakkan pekerja kelas bawah dalam keadaan tertekan.

Mereka tidak mengambil kira situasi dan keadaan semasa pekerja bawahan. Kalau buat silap sikit terus dapat markah rendah dalam prestasi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menyifatkan ia sebagai suatu kaedah baharu untuk ‘mendera’ pekerja katanya, pegawai yang mempunyai kuasa memberi penilaian sering menjadikan markah prestasi sebagai ugutan kepada pekerja.

“Kumpulan pekerja bawahan kebiasaannya dipantau habis-habisan. Pihak atasan tetap tidak kira susah payah pekerja bawahan.

“Kadangkala pihak atasan atau pegawai buat silap lagi teruk tapi tidak diambil tindakan. Ini penderaan mental kepada penjawat awam,” katanya.

Menurutnya, ‘budaya’ seumpama itu tidak dapat mewujudkan keharmonian antara pegawai dan pekerja bawahan.

“Kerajaan patut ambil tindakan terhadap pegawai yang memberikan markah prestasi rendah kepada kakitangan tanpa alasan kukuh.

“Manakala pekerja yang diberikan penilaian rendah perlu dinilai semula oleh pegawai penilai baharu,” katanya.

Sinar Online sebelum ini melaporkan kerajaan akan mengenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut, selain menegaskan untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

Loading...

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DwtPjG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.