Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Membuang Lebih 3.2 Bilion Iklan Yang Melanggar Polisi Pada 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Membuang Lebih 3.2 Bilion Iklan Yang Melanggar Polisi Pada 2017

Iklan-iklan pada laman web bertujuan untuk mempromosikan sesuatu produk, perkhidmatan ataupun pengenalan kepada sesuatu. Terdapat banyak platform pengiklanan dalam talian yang boleh digunakan dan antaranya ialah Google Adsense. Iklan Google Adsense akan dipaparkan pada laman carian Google, YouTube dan banyak lagi. Semalam Google mengumumkan mereka telah membuang lebih 3.2 bilion iklan yang melanggar polisi menerusi blog rasmi mereka.

Menurut laporan, Google membuang 79 juta iklan yang membawa kepada laman web yang mempunyai perisian hasad. Google turut menghapuskan 400,000 laman web perisian hasad, menyekat 66 juta iklan menipu dan juga terus membuang 48 juta iklan yang mengarahkan pengguna memasang aplikasi hasad.

Selain daripada itu, Google turut membuang 320,000 penerbit dalam rangkaian iklan mereka kerana melanggar polisi pengiklanan, menyenarai hitamkan 90,000 laman web dan 700,000 aplikasi. Google menganggarkan 100 iklan lebih dibuang setiap saat, 2 Juta laman web dibuang setiap bulan dan 8700 halaman iklan Google ditarik sejak polisi pengiklanan baru pada April 2017.

Ini adalah perkara baik yang dilakukan oleh Google. Iklan-iklan yang melanggar polisi seperti yang tidak senonoh atau yang membawa kepada pemasangan aplikasi hasad ini mengganggu pengalaman melayari laman-laman web atau menonton video di YouTube.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tO8AKr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.