Kajian Invoke Tu Untuk Buatkan Penyokong Pakatan Seronok Saja
Invoke Malaysia telah diasaskan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, justeru apabila hasil kajiannya memihak kepada pembangkang, maka ia bukan sesuatu yang mengejutkan atau menghairankan.
Ia akan menjadi pelik jika kajian Invoke menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selama ini pun kajian Invoke diragui kerana ia dilakukan menerusi media sosial dan penyelidik pula tidak turun ke lapangan untuk melihat sendiri keadaan sebenar di luar sana.
Justeru apabila baru-baru ini, hasil kaji selidik Invoke menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) mampu menang di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, maka ia boleh diragui. Invoke mendakwa Kedah, Perak dan Johor akan jatuh kepada PH manakala Selangor serta Pulau Pinang akan kekal pada PH.
Sudah tentulah badan yang diasaskan oleh pembangkang akan menyebelahi pembangkang, mustahil ia akan menyebelahi parti pemerintah kerana ini juga merupakan salah satu perang psikologi, semata-mata untuk meragui rakyat.
Bagaimana PH yang masih berdepan dengan proses pembahagian kerusi boleh menang di lima negeri itu, sedangkan isu dalaman mereka sendiri tidak mampu diselesaikan. Itu yang menjadi persoalan kepada hasil kajian Invoke itu.
Dengan 2,000 responden yang terlibat, tinjauan Invoke ini diragui terutama dari segi latar belakang, pekerjaan dan sama ada mereka dari luar bandar atau di kawasan bandar.
Perkara ini juga memainkan peranan dalam PRU. Popular di media sosial belum tentu popular di luar. Cubalah turun padang ketika membuat tinjauan. Cuba buat tinjauan ketika Selangor dilanda krisis air. Bukan sahaja pembangkang akan `dipangkah’ malah ia akan turut disusuli dengan maki hamun, kerana gagal menyelesaikan masalah air.
Ia tidak termasuk lagi dengan gerakan `undirosak’ yang giat dilancarkan di media sosial ketika ini. Mengambil kira faktor ini, maka hasil kajian itu boleh `ditongsampahkan’.
Tahun lepas Invoke sendiri berdepan dengan kontroversi apabila pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mencabar Rafizi untuk menjawab persoalan berkaitan dana berjumlah RM2.7 juta yang dibelanjakan oleh Invoke.
“Persoalan ini juga dibangkitkan oleh pemimpin dan ahli-ahli PKR di mana mereka pernah mengatakan bahawa Rafizi telah mengutip dana jutaan ringgit. Antara persoalan belum terjawab adalah berkaitan butiran lengkap mengenai derma orang ramai sebanyak RM857,000 siapa yang menderma, waktu bila dan di mana?
“Kedua butiran kutipan langganan perkhidmatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta. Siapakah sukarelawan ini, berapa ramai yang melanggan perkhidmatan ini?” soal Rizal menerusi kenyataan yang dikeluarkannya.
Susulan itu, Rafizi menyatakan beliau bersedia untuk menyaman Rizal diatas dakwaan menyeleweng sumbangan rakyat kepada badan kaji selidik Invoke.
Melihat kepada apa yang berlaku pada Invoke maka ia jelas menunjukkan bahawa kaji selidik yang dijalankan adalah mengarut.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTPNxq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment