Spotify Sedang Menguji Fungsi Kawalan Suara Terbina Di Dalam Aplikasi
Jutaan lagu boleh dimainkan menerusi aplikasi Spotify. Masalah bagi kebanyakan pengguna ialah mencari lagu yang sesuai dengan mood semasa dan kemudian menaipnya di ruang carian. Proses ini semakin sukar ketika sedang memandu. Techcrunch melaporkan Spotify sedang menguji fungsi kawalan suara terbina di dalam aplikasi.
Terdapat ikon berwarna merah baca bucu bawah sebelah kanan skrin. Apabila ditekan, pengguna boleh memberikan arahan kepada aplikasi untuk mencari lagu, memainkan senarai lagu dan memaparkan artis yang ingin dicari. Terdapat spekulasi ini mungkin petanda awal Spotify akan menggunakan sistem kawalan suara ini pada speaker pintar keluaran mereka sendiri. Fungsi kawalan suara ini hanya diaktifkan kepada sebilangan kecil pengguna buat masa ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pfv9lJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment