Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neffos N1 Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Pintar Dwi-Kamera Dan Bateri 3260mAH Pada Harga RM1099 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neffos N1 Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Pintar Dwi-Kamera Dan Bateri 3260mAH Pada Harga RM1099

Neffos, sebuah jenama subsidiari dibawah syarikat TP-Link yang khusus menjual peranti-peranti pintar pada hari ini melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Neffos N1 untuk pasaran tempatan.

Peranti Neffos N1 ini diumumkan di acara IFA di Berlin pada tahun lepas, dan menurut mereka, ia adalah peranti perdana jenama tersebut, dan akan dilancarkan di seluruh dunia pada awal 2018.

Dari segi rekaan, Neffos N1 ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel dan nilai PPI sebanyak 403 PPI. Rangka Neffos N1 ini diperbuat daripada logam aluminum, dan mempunyai ketebalan 7.66mm sahaja.

Dari segi spesifikasi, Neffos N1 ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P25, memori sebanyak 4GB dan juga storan sebesar 64GB yang boleh dilanjutkan melalui sebuah kad microSD.

Kamera merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang diketengahkan oleh Neffos dengan peranti N1 ini. Ia menggunakan sistem dwi-kamera 12MP Sony IMX386 pada kedua-dua lensa di belakang dengan bukaan f/2.0, yang juga dilengkapi dengan sensor RGB yang membolehkan sistem kamera ini menangkap gambar yang lebih menarik.

Di bahagian depan pula, Neffos N1 ini pula ialah kamera wide-angle 8MP dan sudut penglihatan 86 darjah yang memudahkan pengguna untuk mengambil gambar swafoto berjemaah. Dalam pada itu, kamera pandang hadapan ini juga mempunyai ciri Beautification Mode yang mempunyai 10 tahap “kecantikan”.

Satu lagi ciri menarik pada telefon Neffos N1 ini ialah pengimbas cap jari mereka, yang dikatakan bukah sahaja mampu menyahkunci telefon dalam 0.2 saat, malah ia juga boleh digunakan walaupun jari anda berminyak ataupun basah.

Sebagai sebuah subsidiari syarikat rangkaian TP-Link, Neffos N1 ini juga hadir dengan sokongan untuk teknologi dual-band WiFi 2.4GHz dan 2.5GHz bagi mereka yang mempunyai router dengan sokongan untuk ciri ini. Telefon ini juga boleh digunakan sebagai repeater untuk menguatkan isyarat WiFi router TP-Link anda.

Dari segi bateri, peranti Neffos N1 mempunyai bateri sebesar 3260mAH, dan hadir dengan sokongan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan pengguna membuat panggila untuk beberapa jam selepas mengecas telefon ini untuk beberapa minit sahaja.

Neffos N1m yang akan hadir dengan model berwarna Space Black akan mula dijual esok, 16 Mac 2018 pada harga RM1099 di kedai-kedai pengedar Neffos di seluruh Malaysia dan juga kedai atas-talian Lazada. 30 pembeli pertama yang membeli peranti ini juga akan menerima hadiah premium bernilai RM290.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSajhQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.